Harian Metro

Diwarnai insan berjiwa besar

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad. Moga hari yang indah ini disirami dengan perkara yang bermanfaat dan diredai.

Benarlah kata pujangga diri manusia itu kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu ada satu alam yang besar. Begitulah hebatnya kuasa yang ditanam dalam diri setiap manusia apabila dilahirkan dengan jiwa yang besar dan perkara-perkara kebaikan.

Bukan apa, Adik kagum dengan peminat yang tidak pernah jemu menyokong malah mereka sudah mulakan gerak gempur mengundi dalam Anugerah MeleTOP Era dan pada masa sama Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL).

Adik tak sangka dengan sokongan padu diberikan kelab peminat Adik, AJ Screamer yang sentiasa mahu melihat adik berjaya. Kalau ikutkan, siapalah adik ini buat mereka. Hanya insan biasa yang boleh mengisi sedikit ruang di hati mereka. Cewah! Jiwang pula.

Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka akan meluangkan masa mengundi Adik dalam beberapa kategori yang dipertandi­ngkan. Nak mengundi bukan mudah, makan masa, data Internet dan paling penting kegigihan mengundi banyak kali.

Adik memang kalah kalau dengan mereka. AJ Screamer sentiasa buat adik rasa terharu dan serba salah kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

Walaupun kami tidak mempunyai pertalian darah, peminat ikhlas membantu dan mahu melihat Adik menggengga­m trofi.

Tanpa sokongan padu daripada peminat, adik tidak akan sampai ke tahap ini. Kehadiran Adik sebenarnya diwarnai mereka yang berjiwa besar. Semoga mereka sentiasa bersama Adik, insya-Allah.

Alhamdulil­lah, DFKL 2018 nama Adik tercalon dalam beberapa kategori. Antaranya, Aktres Pilihan, Pasangan Pilihan, dan semua kategori turut tercalon yang membabitka­n drama Dekatkan Jarak Kita.

Untuk Anugerah Meletop pula, Adik tercalon untuk Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP.

Bercakap mengenai penganjura­n DFKL 2018, Adik sebenarnya menyambut baik usaha Media Prima Berhad menyediaka­n platform buat anak muda untuk bergelar pelakon.

Terima kasih kerana memberi ruang kepada mereka yang mahu mengembang­kan bakat dalam bidang ini.

Teringat Adik ketika mula-mula masuk industri seni sekitar tujuh tahun lalu. Fuh! Memang susah ketika itu.

Adik bermula sebagai pelakon tambahan sahaja. Pergi ke set naik van produksi, duit cukup-cukup makan sahaja, memang tak berani nak beli-belah.

Bukan setakat itu sahaja, kadangkada­ng penggambar­an dua tiga drama dalam satu masa yang sama tapi popularnya tidak. Hihihi...

Tak mengapalah, asalkan tak menyusahka­n orang, kan? Memang perangai Adik pun tak pandai meminta dengan ibu bapa. Biar kita susah, jangan susahkan orang lain.

Untuk Adik dapat watak utama mengambil masa yang lama. Adik percaya zaman pelakon sebelum Adik, mesti lagi susah nak mencipta nama. Namun, semua itu berbalik kepada rezeki dan usaha kita sendiri.

Sekarang, lebih mudah jadi pelakon dan dapat watak utama. Jadi, Adik harap anak muda yang mahu mencuba nasib dalam uji bakat DFKL 2018 gunalah peluang ini sebaik mungkin. Jangan gunakan platform ini untuk meraih populariti semata-mata.

Bagi adik, ilmu, pengalaman, usaha dan peribadi itu yang membezakan anda dengan yang lain. Kalau kata bab ilmu, tak semestinya anda wajib ke universiti, menggengga­m ijazah lakonan dan sebagainya.

Zaman sekarang sudah banyak kelas lakonan daripada tenaga pengajar profesiona­l dan artis yang berpengala­man.

Tak kira di mana, pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari. Bukan sahaja kita mengambil kelas lakonan malah di set juga antara tempat untuk belajar. Banyakkan bertanya dengan artis yang lama, pengarah dan kru.

Kalau nak tahu, adik memang akan baik dengan kru supaya suasana penggambar­an akan jadi meriah, kurang gugup dan shot yang nak diambil pun akan cantik. Baru nampak cun dalam televisyen nanti. Hihihi...

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia