Harian Metro

‘Di sini saya berkarya’

-

Nama komposer Rosli Selasih, 56, sememangny­a tidak asing dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Apatah lagi, Rosli berpengala­man luas dalam bidang muzik dan penciptaan lagu sejak era 1990-an lagi.

Antara lagu popular ciptaannya Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa, Ngajat Tampi (Noraniza Idris), Terlena (Azman) dan Taat (Rohana Jalil).

Pun begitu, Rosli atau nama sebenarnya Rosli Md Kasa lebih selesa memilih kehidupan ‘low profile’.

Berkunjung ke kediamanny­a di Cheras,

Rosli berkata, dia gemar meluangkan masa di rumah.

“Saya sangat selesa melakukan apa saja aktiviti berkaitan seni di rumah kerana memiliki studio sendiri.

“Dalam studio itu, boleh dijalankan proses rakaman lagu manakala ruangan di luar pula untuk kegunaan kelas vokal dan taklimat.

“Untuk perkhidmat­an pula, saya menyediaka­n secara pakej A, B dan C, untuk dipilih pelanggan,” katanya.

Menurut Rosli lagi, bayaran ditetapkan juga sangat berpatutan mengikut pakej yang dipilih itu.

Bercerita mengenai studionya, Rosli berkata, ia dibina secara berperingk­at sejak 18 tahun lalu.

Menurut Rosli, dia ambil inisiatif sendiri membina studio itu untuk memudahkan­nya terus berkarya.

“Apabila saya berada di rumah, banyak masa dihabiskan dalam studio untuk berkarya dan mencari ilham.

“Bagi saya, mencipta melodi lagu tidaklah begitu sukar. Tetapi menulis lirik yang indah itu satu cabaran,” katanya.

 ??  ?? ROSLI selesa berkarya di rumah.
ROSLI selesa berkarya di rumah.
 ??  ?? ROSLI sentiasa dibantu isteri
tersayang, Rozalini.
ROSLI sentiasa dibantu isteri tersayang, Rozalini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia