Harian Metro

RANCANG BUAT LAGU UNTUK TASH

-

Kata Rosli, ilham untuk mendapatka­n melodi lagu tidak mengira masa dan latar tempat tetapi lirik harus kreatif.

“Melodi dan lirik perlu seiring untuk mendapatka­n hasil karya lagu yang berkualiti dan sedap didengar.

“Apapun, bagi saya tidak mudah menghasilk­an lirik lagu untuk genre irama Malaysia atau tradisiona­l.

“Pengalaman saya sendiri, masa berbulan diambil untuk menyiapkan lirik lagu Ngajat Tampi nyanyian Noraniza,” katanya.

Mengulas kos yang sudah dibelanjak­an untuk kelengkapa­n alat muzik dalam studio itu, Rosli berkata, ia mencecah jumlah ratusan ribu ringgit.

“Semuanya saya buat sikitsikit dan untuk menghitung jumlah keseluruha­nnya memang mencatat kos besar.

“Namun, saya puas kerana boleh terus berkarya dari rumah pada setiap masa. Itu lebih memudahkan,” katanya.

Menurut Rosli, yang pasti ketika bekerja di rumah dia banyak dibantu isterinya, Rozalini Mat Ghani, 44. Darah seni Rosli ternyata diwarisi anak sulungnya, pelakon meningkat naik dan makin dikenali, Tash Yong, 28.

Bangga dengan kejayaan anaknya Tash atau Nur Natasha Shazlia, kata Rosli, dia bercadang mencipta lagu sesuai.

“Selain memiliki bakat dalam lakonan,

Tash boleh menari dan menyanyi. Cuma, kini bakat lakonannya lebih menyerlah.

“Apapun, saya tetap bercadang menghasilk­an lagu buat Tash mengikut genre yang sesuai dengan vokalnya.

“Selain itu, Tash juga memang meminati nyanyian. Namun, rezekinya sebagai penyanyi belum tiba lagi,” katanya.

Rosli berkata, dia tiada masalah untuk memberi sokongan pada minat anaknya pada karier seni.

“Saya lebih selesa menyokong saja minat anak. Kalau hendak menyanyi, saya memang tidak ada masalah menyumbang lagu.

“Apapun, saya sangat utamakan disiplin dan serius dalam komitmen kerja. Baru boleh berjaya,” katanya.

Rosli memberitah­u dia juga menyambut baik impian Tash untuk muncul dengan single dan mencuba nasib sebagai penyanyi.

Katanya, sebagai bapa dia juga menghormat­i apa saja keputusan anaknya yang lebih gemar berdikari dan usaha sendiri.

 ??  ?? TENANG menyaksika­n anak didiknya,
Ayied merakamkan lagu. PELAKON Tash Yong, anak sulung Rosli.
TENANG menyaksika­n anak didiknya, Ayied merakamkan lagu. PELAKON Tash Yong, anak sulung Rosli.
 ??  ?? ANTARA kelengkapa­n peralatan muzik yang ada
dalam studio Rosli.
ANTARA kelengkapa­n peralatan muzik yang ada dalam studio Rosli.
 ??  ?? RUANG di luar untuk kelas vokal dan taklimat.
RUANG di luar untuk kelas vokal dan taklimat.
 ??  ?? STUDIO sendiri mudahkan Rosli terus berkarya.
STUDIO sendiri mudahkan Rosli terus berkarya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia