Harian Metro

Meleret di karpet merah

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pilih fabrik putih, hitam bagi menghormat­i tema Anugerah Grammy ke-60

Gemerlapan bintang di majlis anugerah Grammy ke-60 berlangsun­g awal Februari lalu menyaksika­n penyanyi popular antarabang­sa tampil dengan gaya bersahaja.

Majoriti penyanyi memilih fabrik putih mahupun hitam bagi menghormat­i tema yang ditetapkan iaitu antiwanita dalam industri muzik dan bias, yang mana kebanyakan mereka hadir memakai atau memegang ros putih sebagai lambang.

Tidak kurang, ada juga memakai sut dengan warna terang sebagai perlambang­an hak saksama antara penggiat seni lelaki dan perempuan.

Namun, ada yang menggayaka­n gaun agar mereka kelihatan cukup menonjol apabila melalui acara karpet merah.

Paling diperkatak­an dan seperti biasa Lady Gaga mencuri tumpuan umum apabila memilih gaun hitam dengan kain meleret lebih dua meter. Rambut didandan kemas dengan perhiasan anting-anting gantung warna sedondon.

Bukan Lady Gaga seorang saja yang memilih gaun dengan ekor kain meleret beberapa artis lain juga turut menampilka­n fesyen sama.

Cardi B, tampil dengan dres pendek ala pari-pari dengan potongan unik.

Bagi memastikan penampilan­nya menarik perhatian umum, pereka turut menampilka­n ekor kain labuh meleret.

Boho Chic yang digayakan Lana Del Ray tanpak berbeza apabila busana diberikan belahan di bahagian paha dan kainnya jatuh meleret. Hiasan jemeki menambahka­n seri baju dan hiasan di kepala menjadi titik tumpu kepada seluruh gaya ditampilka­n.

Gaun labuh dengan potongan avantgarde membuatkan penampilan Sza cukup berbeza. Juntaian ekor kain pada bahagian bawah dan lengannya memberikan ilusi ala puteri.

Ringkas namun gaun dengan kain ekor meleret digayakan penyanyi

Joy Villa memaparkan mesej berat apabila lukisan pada bahagian bawah gaun membawa maksud hentikan penggugura­n bayi secara haram.

 ??  ?? CARDI B
JOY VILLA
LANA DEL RAY
LADY GAGA
SZA
CARDI B JOY VILLA LANA DEL RAY LADY GAGA SZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia