Harian Metro

Kelicikan pemain ski

-

Kisah Molly Bloom terbabit penipuan permainan poker

FILEM: ARAHAN: PELAKON:

GENRE: TAYANGAN: ULASAN: babak disokong dengan kerja kamera yang licin dan visualisas­i kerja tangan ketika pelakon bermain poker.

Pengarah fotografi bijak bemain dengan perkaraper­kasa asas seperti shot ke belakang secara kreatif.

Dia juga menambah keunikan dalam permainan itu sekali gus menunjukka­n cara betul bermain Rounders.

Selain teknikal dan sinematogr­afi yang hebat, lakonan barisan pelakon menambah baik kepada jalan cerita sedia ada.

Jessica Chastain kelihatan sangat hebat daripada lakonan, kostum hinggalah kepada tatariasny­a sebagai Molly dalam filem ini.

Perwatakan­nya jelas menguasai ruang dikuasai lelaki, terutama dalam menunjukka­n kuasa wanita dalam mendapatka­n apa yang mereka ingini.

Bill Camp juga sangat hebat sebagai Harlan Eustice yang bijak menjadi pemain poker yang mempunyai semangat juang tinggi.

Namun begitu, pelakon yang paling mencuri perhatian penonton ialah Michael Cera sebagai Player X. Di sini, dia menggunaka­n wajah kacak dimiliki sebagai topeng kepada personalit­i antagonisn­ya.

Ikutkan filem ini adalah pengarahan pertama Sorkin yang dikenali sebagai penulis lakon layar sebelum ini.

Biarpun kelihatan bijak pada sudut teknikal, kerja kamera dan suntingan, filem ini tetap ada kelemahan tersendiri.

Antarayang ketara ialah skripnya yang lemah, suara latar filem tidak fokus pada hal sepatutnya dan isu berkaitan kes undangunda­ng yang dihadapi Molly sejak beberapa tahun lalu tiba-tiba saja dikatakan sudah selesai.

Babak finale pastinya apabila empayar dibina Molly mulai runtuh. Pada babak-babak seterusnya, penonton disajikan dengan drama dalam mahkamah, momen di antara Molly dan bapanya lakonan

Kevin Costner yang membosanka­n.

Molly’s Game mengisahka­n bekas pemain ski bertaraf Olimpik, Molly Bloom terjun ke dunia permainan poker dan terbabit dengan sindiket berkaitan yang membabitka­n penipuan permainan itu pada awal tahun 2002.

Kes itu mendapat liputan media kerana menjadi kes FBI yang menyiasat pembabitan­nya dengan golongan mafia dan penjenayah diburu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia