Harian Metro

Banyak elemen tak relevan

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON: lokasi terpencil yang boleh dianggap sempurna.

Tidak dinafikan kerja kamera dan sinematogr­afi bagus tetapi berharap kepada dua hal itu sahaja tidak cukup untuk memberi nuansa yang unik kepada filem ini.

Malangnya, penceritaa­n filem ini dihasilkan seolah melepaskan batok di tangga. Masakan tidak, biarpun memiliki set tertutup yang terpencil dan karakter yang sering bermonolog, seolah ada yang tidak lengkap dalam pemikiran pembikin.

Pembikin sekadar mencuba untuk menarik sisi seram daripada elemen

kejutan yang ada. Padahal, kekuatan filem ini adalah pada elemen psikologi.

Banyak babak yang ‘entah apa-apa entah’ disuntik masuk bagi melengkapk­an keperibadi­an watak utama.

Antara adegan mengarut ialah saat memaparkan watak Vero (Nikita) bermain PS4. Dari babak itu, penonton dibawa ke watak daripada PS4 yang bersiap sedia menembak zombi dalam bangunan terabai.

Pembikin seolah cuba memancing penonton untuk merasai ketakutan dan langsung tiada kaitan dengan isi cerita asal selain cuba membuktika­n watak Vero seorang yang berani kerana bermain sendiri pada waktu malam.

Banyak elemen kejutan dan ‘twist’ cerita tidak masuk akal. Pengarah mungkin lupa asas cerita ini mengenai misteri sebuah gasing, bukan pasal Vero berani atau tidak hanya kerana bermain PS4 seorang diri.

Lagi satu, siapakan watak misteri yang sering dihubungi Vero? Watak itu tahu pasal ilmu Gasing Tengkorak tetapi ia tidak dikembangk­an

dengan lebih jelas.

Babak Vero yang tibatiba diserang dan jatuh ke dalam kolam renang sangat melucukan. Ya lah! Selepas diserang, tiba-tiba sahaja Vero boleh berlari kembali ke bilik dengan santainya dalam keadaan kering.

Itu belum lagi dikira watak hantu yang muncul dalam air tetapi jelas kelihatan menahan nafas dengan pipi yang menggelemb­ung.

Disebabkan hal-hal inilah, filem yang sepatutnya menjadi sebuah misi seram kelihatan sangat lemah. Lebih goyah tatkala cuba menyajikan elemen kejutan.

Jujur dikatakan, filem ini tidak perlukan elemen itu untuk kelihatan bijak. Filem ini tidak wajib ada elemen hantu bagi mendapatka­n sisi seram.

Mungkin jika filem ini diterjemah­kan sebagai sebuah psikologi triler, ia akan lebih menarik.

Apa yang boleh dikatakan, pembikin sekadar menjadikan Gasing Tengkorak sebagai elemen tambahan untuk mempengaru­hi cerita, itu saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia