Harian Metro

TV2 siar drama bersiri Turki

- TV 2/ 2 PETANG SPICE OF INDIA: AVAN IVAN

Walter Vanangamud­i dan Kumbudren Saamy selalu bergaduh. Masing-masing ingin membuktika­n kehebatan mereka sebagai penyeluk saku, pekerjaan yang dianggap sebagai tradisi keluarga.

Walter bagaimanap­un lebih berminat untuk bergelar pelakon. Satu hari,

Saamy mencabar Walter untuk melakukan jenayah itu. Namun, Walter ditangkap Konstabel Baby. Kejadian itu menyebabka­n mereka menjadi lebih rapat. Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan drama bersiri Turki berjudul Heart of the City (Bu Sehir Arkandan Gelecek) di slot Lavender TV2 (102) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 Februari ini.

Drama 60 episod ini membariska­n pelakon terkenal Turki seperti Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya dan Burak Tamdogan.

Ia memaparkan kisah cinta sepasang kekasih berbeza latar belakang keluarga serta pergolakan antara anak dan bapa akibat peristiwa hitam.

Menerusi siri arahan Cagri Vila Lostuvali itu, kisahnya sekitar kehidupan sukar Ali Smith selepas ibunya dibunuh bapanya ketika dia berusia empat tahun.

Dia tinggal di bot kargo bersama seorang lelaki bernama Rauf yang menjaganya selepas tragedi itu. Ali mengelilin­gi dunia dan menganggap bot kargo itu sebagai rumahnya sendiri. Dia menjadi lelaki tanpa negara.

Ali tidak mahu kembali ke Istanbul kerana mahu mengelak daripada mengingati insiden malang itu. Bagaimanap­un dia kembali pada usia 20 tahun kerana bot itu singgah di Istanbul sebelum ke destinasi seterusnya.

Ali bersiar-siar di ibu kota itu dan mula berdepan masalah. Ketika membantu seorang gadis muda bernama Derin, dia kehilangan pasportnya. Namun, hubungan mereka menjadi rapat dalam masa singkat.

Derin berasal daripada keluarga kaya dan bakal berkahwin dengan Yigit dalam masa 10 hari. Dia mahu jadi penari tetapi terpaksa melupakan hasrat itu demi ibu bapanya.

Pertemuan Derin dengan Ali mengubah prinsip hidupnya. Dia mendapat keberanian untuk berterus-terang membatalka­n perkahwina­nnya. Dia belum bersedia bergelar isteri dan mahu merealisas­ikan citacitany­a.

Ali terkandas di kota itu dan bertemu bekas juara tinju bernama Sahin. Ali sama sekali tidak tahu Sahin ialah bapa kandungnya.

 ??  ?? DUA watak utama dalam drama ini.
ALI menjadi ahli tinju.
DUA watak utama dalam drama ini. ALI menjadi ahli tinju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia