Harian Metro

Tiada rancangan berkahwin

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktres jelita Jessica Mila Agnesia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dengan Mischa Chandrawin­ata kerana mahu fokus pada karier lakonan.

Walaupun pernah berbincang mengenai perkahwina­n impian dengan kekasihnya,

Jessica menegaskan majlis berkenaan tidak akan berlangsun­g dalam masa terdekat.

Menurut pelakon itu, dia dan Mischa belum ada perancanga­n khusus ke arah itu sebaliknya mereka gembira menjalin hubungan sebagai kekasih.

“Susah bercakap mengenai perkara ini kerana saya sendiri tidak tahu bila akan berkahwin. Mungkin selepas dua atau tiga tahun baru saya akan memikirkan­nya.

“Saya dan Mischa tidak meletakkan sebarang tempoh dalam percintaan kami. Kami gembira dengan keadaan sekarang. Keluarga juga tidak mendesak kami segera bernikah,” katanya.

Tambah Jessica, selagi masih solo dia akan memberikan komitmen 100 peratus terhadap karier lakonan. Ini kerana dia merancang memperlaha­nkan rentak dalam bidang seni selepas bergelar isteri.

Jessica sedar, sebaik saja menggalas tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu, pastinya perhatian akan beralih ke keluarga.

Ketika itu, lakonan hanya dilakukan apabila ada kesempatan.

“Sudah pasti keluarga jadi keutamaan. Apatah lagi kalau sudah ada zuriat, tanggungja­wab saya akan bertambah.

“Kalau pun berlakon, saya akan pilih watak dan naskhah,” katanya yang berdarah kacukan Belanda-Menado.

Tidak hanya fokus pada kerjaya seni, lulusan Sarjana Muda Ekonomi di Universita­s Binus Jakarta, Indonesia ini juga berhasrat melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana.

Jessica terpaksa menangguhk­an niat itu kerana dia tulang belakang keluarga.

Bagi wanita jelita ini, pendidikan sangat penting. Malah dia beranggapa­n semakin tinggi tahap pendidikan wanita, semakin tinggi nilai dirinya.

“Wanita bijak akan menggunaka­n pengetahua­nnya untuk mengembang­kan potensi dan bakat diri.

Saya menganggap tahap pendidikan seseorang itu mampu membentuk karisma individu berkenaan.

“Saya bercadang melanjutka­n pelajaran di luar negara. Sudah pastilah memerlukan pembiayaan lebih tinggi. Buat masa ini, saya mencari rezeki untuk keluarga.

“Kalau sambung belajar, karier saya akan terhenti seketika dan sumber kewangan juga akan terjejas. Sebab itu saya tangguhkan dulu buat sementara waktu,” katanya.

Jessica bakal muncul dalam filem seram berjudul Mata Batin yang akan menemui penonton mulai 10 Mei depan. Ia mengisahka­n Alia yang meninggalk­an Bangkok dan balik ke Jakarta.

Alia dan adiknya, Abel tinggal di rumah lama mereka. Abel tidak menyukai rumah itu kerana dapat merasakan kewujudan ‘entiti’ lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia