Harian Metro

Redah hutan sebar hidayah

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Penat lelah mengharung­i perjalanan beratus kilometer dari Klang, Selangor, ternyata berbaloi melihatkan keletah kanak-kanak Orang Asli di Kampung Yum Pos Yum di Sungai Siput, Perak, yang seronok menyambut kedatangan peserta konvoi.

Program Ziarah

Dakwah Kebajikan ke Perkampung­an Orang Asli itu anjuran Biro Muallaf Masjid Sirajuddin Al Anuar, Batu Belah 4X4 dan Batu Belah Perihatin, Klang, Selangor.

Peserta konvoi bergerak dari Masjid Sirajuddin AlAnuar kira-kira jam 11.30 malam dan singgah di Masjid Felda Lasah, Sungai Siput, untuk menunaikan solat Subuh dan berehat sementara menunggu siang.

Mereka kemudian bergerak ke perkampung­an Orang Asli merangkumi lima kampung iaitu Kampung Yum (55 keluarga), Kampung Mangyis (42 keluarga), Kampung Beswok (65 keluarga), Kampung

Pendeq (4 keluarga) dan Kampung Kotat (42 keluarga).

Penaung program yang juga nazir Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Mohd Yusuff Ibrahim berkata, hampir 90 peratus masyarakat Orang Asli daripada suku kaum Temiar itu memeluk Islam dan mereka perlu diberi bimbingan serta sokongan moral.

“Kami berasa terpanggil membantu mereka mendalami ilmu agama, selain mendekatka­n diri dengan masyarakat Orang Asli supaya kelompok ini tidak terasa dipinggirk­an,” katanya ketika ditemui sempena program berkenaan, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Kelab Batu Belah 4x4, Ahmad Shukri Nordin; Pengerusi Batu Belah Perihatin, Hanizam Ahnee dan Pengerusi Biro Muallaf Masjid Sirajuddin Al Anuar, Mohd Hisam Sumohd Noh.

Mohd Yusuff berkata, moga hasrat murni dan kerjasama ini menanamkan rasa kesyukuran serta menyedarka­n masyarakat tanggungja­wab membantu sesama insan.

“Ia juga mendedahka­n masyarakat kepada sikap kesukarela­wanan dalam memberi bantuan kemanusiaa­n dan berkongsi ilmu

 ??  ?? SUKARELAWA­N dan masyarakat Orang Asli bergambar kenangan.
SUKARELAWA­N dan masyarakat Orang Asli bergambar kenangan.
 ??  ?? PENDUDUK Orang Asli beratur mendapatka­n pakaian yang
didermakan orang ramai.
PENDUDUK Orang Asli beratur mendapatka­n pakaian yang didermakan orang ramai.
 ??  ?? SUKARELAWA­N perubatan melakukan pemeriksaa­n kesihatan.
SUKARELAWA­N perubatan melakukan pemeriksaa­n kesihatan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N bergotongr­oyong menyiapkan jamuan tengah hari.
SUKARELAWA­N bergotongr­oyong menyiapkan jamuan tengah hari.
 ??  ?? HANIZAM
HANIZAM
 ??  ?? AHMAD Shukri
AHMAD Shukri
 ??  ?? MOHD Yusuff
MOHD Yusuff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia