Harian Metro

Hidangan istimewa Lazathai

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tengah hari menu Negeri

Sembilan, malam ada pelbagai masakan Siam

Hidangan Thailand seperti tom yam sama ada berkuah putih, merah atau santan; somtam, telur bungkus, siakap tiga rasa dengan bumbu mangga muda dipadankan teh hijau dan air serai segar cukup menggamit selera.

Ini ditambah rasa masam, pedas dan manis yang membuatkan ia menjadi hidangan istimewa pada hujung minggu.

Bagi peminat hidangan Thai boleh mengunjung­i Restoran Lazathai di Park Lane, Kelana Jaya, Selangor yang menawarkan menu asli dari Pattani dan Narathiwat.

Pemiliknya Mohd Mazlan Baharuddin berkata, menu yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah nasi phad kra paw, kari hijau ayam atau daging, phadthai kuetiau, nasi khaomok dan istimewa nasi goreng Lazathai yang dihidang bersama prik nam pla iaitu sejenis sos popular Thai.

“Masakan itu disediakan oleh tiga tukang masak khas dari Narathiwat yang mengekalka­n kesegaran bahan mentah, keaslian rasa dan kualiti rempah ratus daripada komponen aromatik yang wangi juga dibawa terus dari sana,” katanya yang dikenali dengan panggilan Lan Cino atau Lan Sepet.

Restoran diusahakan bersama isterinya, Nurhayati Md Rais, 30, dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi.

Katanya, bagi mengekalka­n keenakan asli masakan dari negara Gajah Putih itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini kerana Lazathai adalah kesinambun­gan kepada perniagaan restoran Amira Nabila Tomyam yang mempunyai tiga cawangan di Gemas,

Negeri Sembilan. Ia kepunyaan ibu bapa Mazlan yang beroperasi sejak 25 tahun lalu.

“Keenakan menu diwarisi oleh ibu, Rohana Mat Rafi yang berasal dari Narathiwat dan berhijrah selepas berkahwin dengan ayah saya, orang Negeri Sembilan.

“Ibu saya bertuah kerana mendapat tiga tukang masak (seorang sudah meninggal dunia) yang setia dengannya selama 25 tahun.

“Kami mempunyai hampir 60 pekerja dan kakitangan yang dapat melancarka­n urusan perniagaan,” katanya.

Walaupun dikenali sebagai restoran Thai, uniknya ia turut menyediaka­n hidangan masakan nasi campur pada tengah hari dengan menu Negeri Sembilan.

Resipi asli dimasak oleh Mazlan pasti masak lemak cili padi ditambah belimbing buluh, masak lemak telur itik, gulai daging salai dan ikan berlada mencuri tumpuan orang ramai.

Nurhayati berkata, dia bersama suami memasak lauk pauk nasi campur dan hanya menyediaka­n lima hingga tujuh jenis lauk sehari.

Katanya, menjelang jam 2 petang semua lauk pauk nasi campur habis dan selepas itu barulah masakan ‘ala carte’ disediakan.

Sebelum membuka restoran sejak setahun yang lalu, pasangan ini terlebih dulu menjalanka­n perniagaan penghantar­an makanan di sekitar Lembah Klang menggunaka­n khidmat dalam talian atas nama Thai Food For You.

Sambutan sudah tentu masakan Thai dan pihaknya masih menerima tempahan cuma dalam jumlah yang agak banyak.

“Dulu saya bekerja pejabat sebelum mengambil keputusan berhenti selepas melahirkan anak sulung empat tahun lalu.

“Lebih kurang dua tahun saya membantu ibu di restoranny­a dan di sanalah saya menimba pengalaman menyediaka­n masakan serta belajar selok-belok perniagaan.

“Suami juga suka memasak dan kami sepakat membuka restoran serta sambutan terhadap menu yang disediakan sangat menggalakk­an dan bercadang menambah kepelbagai­an menu pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN dan Nurhayati bersama hidangan istimewa Lazathai.
MAZLAN dan Nurhayati bersama hidangan istimewa Lazathai.
 ??  ?? AYAM mangga secukup rasa.
AYAM mangga secukup rasa.
 ??  ?? AYAM pandan penuhi cita rasa pelanggan.
AYAM pandan penuhi cita rasa pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia