Harian Metro

Bawa anak kerja sukarela

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kesibukan melunaskan rutin harian sebagai eksekutif, isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, menimbulka­n tanda tanya buat wanita berusia 42 tahun ini untuk mencari kaedah menambah nilai kehidupann­ya kepada masyarakat.

Ingin lari daripada kebiasaan, mendambaka­n kebebasan dan kepuasan, Noridah Ab Rahman melihat aktiviti sukarelawa­n antara cara terbaik menyalurka­n bakti dan sumbangan kepada masyarakat.

“Sebenarnya sejak kecil saya sudah terdedah dengan kerja sukarela menerusi emak dan abah bersama masyarakat di Felda

Jelai 3, Negeri Sembilan. Malah mereka juga sering berkongsi inspirasi melalui nasihat, pantun, gurindam mahupun puisi.

“Justeru, bermula empat tahun lalu, saya mula aktif dengan aktiviti sukarela bersama Kindness Malaysia selain melakukan aktiviti kebajikan atas inisiatif sendiri pada hujung minggu.

“Bagi menyebarka­n nilai murni dalam jiwa anak, aktiviti sukarela turut disertai empat anak. Sebagai ibu berkerjaya, pastinya hujung minggu adalah masa berkualiti bersama keluarga.

“Berbanding melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti bermain gajet, saya membawa anak-anak merasai pengalaman berbakti kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan.

“Saya berharap menerusi pendedahan dan pembabitan ini, mereka dapat memahami kesusahan dan cabaran hidup orang lain.

“Selain itu mereka dapat mempelajar­i nilai murni dan positif melalui program yang disertai seperti tidak mementingk­an diri sendiri, mengambil berat dengan persekitar­an, bertolak ansur, kerja berkumpula­n, berkongsi idea, menghormat­i rakan dan orang dewasa serta sentiasa memajukan diri sendiri,” katanya.

Perkara kecil yang meninggalk­an impak positif dalam diri anak apabila mereka meringanka­n mulut melafazkan ucapan terima kasih bagi setiap perbuatan baik.

Lebih membanggak­an Noridah, apabila si anak berjaya mengikut rentak ibu dalam kerja kebajikan dan sukarela sehingga seorang daripada anaknya menerima anugerah Tokoh Kebajikan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang.

Tidak sekadar melepaskan tanggungja­wab mendidik generasi muda di tangan guru, Noridah mengakui ibu bapa perlu memainkan peranan sama dalam pembentuka­n sahsiah diri anak.

Dia berkata, permulaann­ya sukar untuk mendapat pembabitan positif daripada anak dan suami malah perlu dilakukan secara paksaan, namun apabila menyaksika­n kesungguha­nnya, keluarga Noridah turut memberi sokongan jitu hingga kini.

Bagi Noridah, sebagai sukarelawa­n tidak seharusnya memilih golongan yang ingin disantuni kerana setiap kelompok mempunyai keistimewa­an tersendiri dan menawarkan ilmu serta pengalaman hidup yang sangat berharga.

Menyifatka­n Projek

Pintu Rezeki sebagai aktiviti paling dekat di hatinya, wanita ini berkata ia tidak memerlukan modal besar malah tidak mencecah RM40 untuk menyediaka­n barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, tepung, gula dan garam bagi diedarkan kepada penerima.

Menerokai perkampung­an Orang

Asli, pedalaman Sabah dan Sarawak malah ke Kemboja, Vietnam serta Indonesia, Noridah ingin memberi inspirasi nilai kebaikan kepada masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang, warna kulit dan agama.

Bagi Noridah, kerja sukarela memberi kesan mendalam buat dirinya apabila menyaksika­n kegembiraa­n terpancar di wajah si penerima sekali gus memperoleh ketenangan jiwa.

 ??  ?? INGIN memberi inspirasi kepada masyarakat.
PROFIL
NAMA: Noridah Ab Rahman
USIA: 42 tahun KERJAYA: Eksekutif PASANGAN: Mohammad Kamal Samijo
ANAK: Muhammad Firdaus (20), Farah Anis (19), Muhammad Akif Fahmi (15) dan Farah Alisha (9)
KEDIAMAN:...
INGIN memberi inspirasi kepada masyarakat. PROFIL NAMA: Noridah Ab Rahman USIA: 42 tahun KERJAYA: Eksekutif PASANGAN: Mohammad Kamal Samijo ANAK: Muhammad Firdaus (20), Farah Anis (19), Muhammad Akif Fahmi (15) dan Farah Alisha (9) KEDIAMAN:...
 ??  ?? MEMBABITKA­N penyertaan anak sekali gus menyemai nilai murni dalam jiwa.
MEMBABITKA­N penyertaan anak sekali gus menyemai nilai murni dalam jiwa.
 ??  ?? KERJA sukarela memberi ketenangan kepada diri.
KERJA sukarela memberi ketenangan kepada diri.
 ??  ?? KELUARGA menjadi pendorong.
KELUARGA menjadi pendorong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia