Harian Metro

HONDA BIGWING PERTAMA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Pusat pameran eksklusif motosikal berkuasa tinggi

untuk pelanggan setia

Sempena pembukaan Honda BigWing, pusat jualan dan servis bagi motosikal berkuasa tinggi Honda yang pertama di negara ini, minggu lalu, Boon Siew Honda (BSH) turut memperkena­lkan tiga jentera berkuasa tinggi mereka yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

Tiga model berkenaan Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin 2018 dan CB1000R, dijangka menjengah pasaran bermula pertengaha­n tahun ini.

Tidak banyak boleh diperkatak­an mengenai model ini, malahan harga jualan model diimport sepenuhnya (CBU) ini juga tidak diumumkan.

Honda X-ADV adalah kategori skuter yang menawarkan gaya tunggangan seakan-akan model touring tetapi dipadankan bersama kotak gear automatik.

Bersesaran 745cc, enjin berkenaan menawarkan 54 kuasa kuda (hp), menyamai nadi NC700.

Namun, perbezaan ketara adalah ruang di bawah pelana yang menawarkan ruang penyimpana­n barang seluas 21 liter.

Gaya tunggangan turut disesuaika­n dengan imej touring apabila didatangka­n bersama bar hendal aluminium, meter instrument­asi ala rali dan tongkat tengah, selain posisi tunggangan menegak.

Jentera dengan sistem tanpa kunci (keyless) ini ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik.

Sementara itu,

CRF1000L Africa Twin tidak perlu diperkenal­kan lagi apabila hadir dengan gaya tunggangan yang selesa.

Model popular di seluruh dunia ini dijana enjin empat injap parallel twin Unicam bersesaran 998cc yang menjana 95hp, manakala tork maksimum 99Nm.

Model ini bakal dilancarka­n dengan dua pilihan kotak gear sama ada manual enam kelajuan atau transmisi klac berkembar automatik DCT.

Terdahulu, Honda BigWing di Ee Tiong Motorsport­s Sdn Bhd, Setapak, menawarkan pusat servis, alat ganti, aksesori dan ruang istirahat untuk keselesaan pelanggan.

Konsep pusat jualan dan servis direka khusus untuk menyediaka­n suasana yang bergaya, sofistikat­ed dan premium kepada pelanggan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata, optimis untuk membuka tiga lagi pusat sama di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

“Menerusi rangkaian dan penawaran model terbaru, BSH menyasarka­n peningkata­n jualan sebanyak 30 peratus atau lebih 1,600 unit dalam jualan motosikal Honda berkuasa tinggi tahun ini.

“Kami akan memberi fokus dalam menyediaka­n pengalaman terbaru di luar jangkaan pelanggan, selain bersedia memberi keterujaan kepada pasaran,” katanya.

 ?? FOTO ?? MODEL bergaya bersama Honda X-ADV dan Africa Twin.
FOTO MODEL bergaya bersama Honda X-ADV dan Africa Twin.
 ??  ?? PERASMIAN Honda BigWing pertama di negara ini.
PERASMIAN Honda BigWing pertama di negara ini.
 ??  ?? NOBUHIDE
NOBUHIDE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia