Harian Metro

ENJIN SUKAR DIHIDUPKAN

-

mempunyai kenderaan yang baru dibaiki akibat pulley pecah dan selepas itu terdapat masalah lain pula apabila enjin tidak boleh dihidupkan dalam keadaan suhu panas. Apakah masalahnya?

Fahmi Jalil Bayan Lepas, Pulau Pinang

sekali, periksa larasan karburetor sama ada campuran bahan api mencukupi dan tidak terlalu nipis. Campuran nipis akan meruap ketika panas dan mungkin menyebabka­n kesukaran menghidupk­an enjin.

Antara sebab berlaku keadaan sedemikian kerana larasan injap (valve) kurang tepat. Injap yang panas akan memanjang menyebabka­nnya tidak menutup rapat hingga berlaku kebocoran mampatan.

Ini menyebabka­n enjin sukar dihidupkan ketika panas. Jika enjin hidup dan bergerak laju, kebocoran mampatan tidak akan mematikan enjin walaupun kehilangan sedikit kuasa.

Andaian gegelung utama atau coil lemah mungkin betul terutama jika gegelung terasa panas sehingga tidak mampu dipegang.

Cuba cabutkan salah satu kabel palam pencucuh dan periksa percikan api pada palam pencucuh dengan menghubung­kannya pada kabel tersebut dan membumikan bahagian logam di hadapan.

Gegelung yang rosak akan terganggu dan percikan apinya dan enjin menjadi semput sebelum kenderaan tidak boleh dihidupkan lagi.

Tukar gegelung kerana percikan api yang lemah sukar dilihat atau dinilai dengan mata kasar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia