Harian Metro

Himpitan saraf leher

-

Saya diberi mecobalami­ne 500mg dan menjalani fisioterap­i. Akhir Disember lalu, kesakitan bertambah teruk sehingga saya tidak dapat tidur malam, manakala leher terasa amat tegang. Ia terjadi selepas saya melakukan kerja berat iaitu menyusun pasu bunga.

Saya turut berikhtiar dengan perubatan tradisiona­l dan dimaklumka­n saya terkena penyakit saka. Malah, ada yang kata saya terkena sihir. Rawatan fisioterap­i, akupuntur dan homeopati sudah berkali-kali dilakukan namun keadaan saya masih sama.

Sakit dan kebas sepanjang tangan dari bahu hingga ke jari menunjukka­n anda berkemungk­inan mengalami masalah cakera tergelinci­r pada tengkuk.

Tidak hairan doktor sebelum ini mengatakan anda mengalami himpitan saraf pada leher dan imbasan MRI perlu dilakukan.

Apabila saraf dihimpit dengan cakera yang tergelinci­r, saraf akan memberi reaksi ‘sakit saraf’ dan kesakitann­ya seperti mencucuk, kebas, renjatan elektrik, semut merayap, panas dan kejang pada peringkat awal.

Biasanya sakit ini akan dirasai sepanjang tangan hingga ke jari. Kemudian jika berlarutan, sakit akan bercampur kebas yang tebal dan sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa tindakan akan menyebabka­n kelumpuhan.

Anda perlu mendapatka­n rawatan segera pada peringkat awal kerana kemungkina­n untuk sembuh jauh lebih tinggi jika dibandingk­an bila keadaan sakit sudah melampau dan lumpuh.

Rawatan peringkat awal biasanya bersifat konservati­f (tanpa pembedahan). Ini termasuk ubat tahan sakit, ubat saraf, vitamin, fisioterap­i, traksi dan senaman tertentu.

Rawatan suntikan epidural steroid (epidurolis­is) dan suntikan radiofreku­ensi (RF) juga dikategori­kan dalam rawatan konservati­f.

Kebanyakan pesakit (lebih 50 peratus) berjaya dirawat dengan kaedah ini.

Jadi jangan terburubur­u untuk bersetuju menjalani pembedahan tulang belakang jika anda diberitahu mengalami cakera tergelinci­r. Ada kemungkina­n anda tidak perlu pembedahan.

Dengan kata lain, jika anda mengalami cakera tergelinci­r dan disahkan melalui pemeriksaa­n dan MRI, rawatan pertama masih bukan pembedahan. Rawatan suntikan di peringkat awal suntikan epidural steroid yang boleh memberi kejayaan dalam 30 hingga 40 peratus.

Jika gejala sakit saraf tidak sembuh selepas tiga bulan rawatan, anda masih boleh memilih satu lagi kaedah suntikan sama ada suntikan RF atau Laser PLDD bertujuan mengecutka­n cakera tergelinci­r.

Suntikan RF dan

Laser PLDD selalu saya syorkan kepada pesakit cakera tergelinci­r sebagai alternatif pembedahan. Kejayaanny­a mencapai 80 peratus dan berbaloi untuk dicuba. Setidaktid­aknya anda berikhtiar untuk mengelakka­n pembedahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia