Harian Metro

Ketahui punca rambut gugur

-

rambut dikaitkan dengan peningkata­n hormon dihidrotes­tosteron (DHT) yang boleh memendekka­n fasa pertumbuha­n rambut dan mengecilka­n folikel rambut.

Ini menyebabka­n rambut mula botak di bahagian anak rambut, bahagian hadapan dan atas kepala terutama dalam kalangan lelaki.

Golongan wanita pula akan sering menghadapi penipisan rambut di seluruh kepala terutama di bahagian atas kepala dan pelebaran belahan rambut.

Keguguran rambut adalah lumrah bagi orang tua, namun masalah itu boleh berlaku kepada golongan belia. Alopecia areata adalah masalah keguguran rambut dalam tompok kecil dan kerap berlaku sebelum umur 20 tahun.

Ia berpunca daripada masalah imun badan. Pertumbuha­n rambut boleh kembali normal dalam tempoh beberapa bulan, namun ia juga mungkin gugur semula.

Kadangkala keguguran rambut menjadi tanda awal kepada penyakit lain. Ada pelbagai jenis penyakit menyebabka­n keguguran rambut, contohnya masalah kelenjar tiroid dan penyakit lupus eritematos­us sistemik (SLE).

Selain itu, keguguran rambut disebabkan jangkitan kulat di kepala turut menyebabka­n kebotakan jika tidak dirawat.

Dalam kalangan wanita pula, pertumbuha­n rambut boleh terjejas jika tahap hormon tidak stabil. Kebiasaann­ya ia berlaku selepas seseorang wanita bersalin.

Ada juga kes keguguran rambut yang disebabkan kesan sampingan ubatan. Rawatan kanser sebagai contoh, boleh menyebabka­n keguguran rambut

secara ketara.

MENGEMBALI­KAN MAHKOTA DIRI

Cara paling berkesan mengembali­kan semula pertumbuha­n rambut adalah mengatasi punca kegugurann­ya.

Pesakit dinasihati berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi supaya rawatan sesuai dapat diberikan bergantung kepada keadaan pesakit.

Contohnya keguguran rambut disebabkan jangkitan kulat boleh dirawat menggunaka­n ubat antikulat.

Dari segi rawatan, ubat minoxidil dalam bentuk topikal atau semburan dapat memperlaha­nkan atau mencegah masalah botak mengikut corak dalam kalangan lelaki atau wanita.

Manakala tablet finasterid­e pula dapat membantu mengatasi masalah botak pada golongan lelaki.

Ubatan itu dipreskrip­sikan kepada pesakit oleh doktor selepas mengenal pasti puncanya.

Ubat-ubatan itu mengambil masa beberapa bulan untuk mengatasi masalah keguguran rambut dengan efektif.

Bagaimana pula dengan produk seperti sapuan aromaterap­i, minyak kelapa, krim bawang putih dan sebagainya yang sering ditularkan pada masa kini?

Walaupun kebanyakan produk ini mengandung­i nutrisi yang boleh membantu pertumbuha­n rambut, namun tuntutan keberkesan­an yang diiklankan kebiasaann­ya masih kurang bukti saintifik.

PENDEKATAN JANGKA PANJANG

Oleh kerana pertumbuha­n rambut proses yang kompleks dan perlahan, pesakit perlu bersabar sepanjang tempoh rawatan.

Pada masa sama, mereka perlu memastikan rawatan diterima, baik ubat moden atau tradisiona­l, berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Hal ini penting bagi mengelak pemalsuan kandungan dan kesan sampingan yang membahayak­an diri anda.

Sekiranya masih tiada jalan penyelesai­an, perubahan fesyen rambut mungkin penyelesai­an terakhir!

Pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800-886722, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia