Harian Metro

Kongsi ilmu jaga warga emas

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Senior Care Asia hab dalam talian bantu penjaga dapat maklumat terbaik urus ibu bapa

Lima hari terlantar di hospital akibat serangan virus pada usus, nenek Jeamie Lee

Parker meminta untuk berehat di rumah meskipun masih mengalami simptom muntah dan cirit-birit.

Berusia 91 tahun dan daya kekuatan fizikal berkuranga­n, warga emas ini memerlukan penjagaan rapi oleh penjaga yang juga ahli keluarga.

Tanpa persediaan mental dan emosi yang secukupnya, keluarga Jeamie menghadapi tekanan dalam mengurus, menjaga dan memahami keperluan insan disayangi.

“Penjagaan tidak hanya membabitka­n pemberian ubatan mengikut saranan doktor, malah ia merangkumi skop keperluan luaran seperti mengalihka­n kedudukan nenek, membersihk­an kotoran dan sebagainya.

“Tanpa ilmu mencukupi meskipun berhati-hati dalam setiap perbuatan, nenek masih mengeluh kesakitan dan saya serta keluarga tidak tahu apa yang harus kami lakukan untuk membantu nenek.

“Menerusi carian di Internet, kami menemui individu yang sanggup berkongsi ilmu penjagaan warga emas untuk diterapkan dalam menguruska­n nenek, sebelum dia meninggal dunia di rumah beberapa bulan kemudian.

“Kesukaran yang kami sekeluarga lalui memberi pengajaran dan idea kepada saya dan suami (Gregg J Parker) untuk mewujudkan satu platform dalam talian berkongsik­an ilmu, tip, kepakaran, isu kesihatan dan penjagaan warga emas.

“Senior Care Asia (SCA) dibuka sejak Jun 2017 selepas kami membuat penyelidik­an, perbincang­an meja bulat serta tinjauan dalam talian kepada pelbagai peringkat usia rakyat Malaysia, golongan penjaga (yang selalunya anak) dan warga emas,” katanya ketika ditemui.

Menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan, psikologi dan perkongsia­n maklumat terkini isu kesihatan dialami golongan berusia seperti dementia (kecelaruan fikiran atau hilang daya ingatan), diabetes dan penyakit buah pinggang, Gregg berkata, hab dalam talian ini berfungsi membantu penjaga untuk mendapat maklumat terbaik buat ibu bapa mereka.

Selain memaparkan info kesihatan dengan cara lebih ringkas disertai video bersesuaia­n dipetik daripada portal kesihatan dipercayai termasuk Kementeria­n Kesihatan Malaysia serta antarabang­sa, platform ini yang menjadi medan perkongsia­n pengalaman dan panduan antara penjaga.

“Memikul tanggungja­wab menjaga ibu bapa yang tua tidak mudah dan ia boleh mengundang risiko tekanan kepada penjaga yang sememangny­a tersepit.

“Situasi hari ini, kebanyakan suami isteri bekerja dan pada masa sama, mereka perlu menguruska­n hal anak serta menjaga ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan. Ia membuatkan penjaga itu lebih tertekan.

“Jadi menerusi SCA, mereka boleh berkongsi pengalaman dan perasaan dalam laman forum disediakan kerana golongan penjaga ini saling memahami tekanan yang dilalui, malah ia boleh dijadikan tempat untuk saling mendorong ke arah positif.

“Apabila si anak (penjaga) memiliki pengetahua­n kaedah mahupun teknik

Katanya, pengasinga­n warga emas daripada komuniti yang selalunya tinggal sendirian membuatkan individu berkenaan dihurung kesepian dan tekanan.

Bergerak tanpa berasaskan keuntungan, Gregg berharap menerusi SCA, masyarakat Malaysia mempunyai kesedaran tinggi mengenai sektor kesihatan, penjagaan dan pengurusan warga emas dengan lebih efektif.

“Kami bekerja berpaksika­n keperluan penjaga dan warga emas, justeru kita mengalu-alukan maklum balas, pertanyaan mahupun permintaan daripada orang ramai.

“SCA akan bertindak sebagai hab dalam talian pengurusan kesihatan warga emas yang lengkap sekali gus menjadi rujukan terbaik buat mereka yang inginkan maklumat,” katanya.

 ??  ?? JEAMIE dan Gregg ingin membantu penjaga dan warga emas.
JEAMIE dan Gregg ingin membantu penjaga dan warga emas.
 ??  ?? RUANGAN forum untuk berkongsi pengalaman.
RUANGAN forum untuk berkongsi pengalaman.
 ??  ?? INFO diperoleh daripada sumber yang sahih.
INFO diperoleh daripada sumber yang sahih.
 ??  ?? DILENGKAPI pelbagai maklumat kesihatan.
DILENGKAPI pelbagai maklumat kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia