Harian Metro

Beza sista, fibriod

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Sista dan fibriod, dua jenis ketumbuhan yang berbeza tetapi wujud kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenainy­a.

Segelintir individu mempercaya­i keduaduany­a penyakit ini adalah masalah kesihatan sama, beza cuma pada nama panggilann­ya.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Goh Huay Yee berkata, masalah sista sering menyerang ataupun berpunca di bahagian kilang telur atau ovari bagi sistem reprodukti­f wanita.

“Ciri fizikal sista berbentuk gelembung cecair mengandung­i sama ada air atau darah dan sering berlaku di bahagian kiri atau kanan ovari wanita.

“Sebenarnya kebanyakan sista bukanlah masalah yang serius kerana ia tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan wanita.

“Kanak-kanak juga berisiko mempunyai sista tetapi jarang berlaku, manakala remaja yang mula didatangi haid dan wanita dewasa hingga putus haid (menopaus) kemungkina­n tinggi memiliki sista,” katanya.

Menurut Dr Goh, saiz kebanyakan sista tidak terlalu besar, antara satu hingga dua sentimeter (cm) sahaja dan boleh dikesan menerusi ujian ultra bunyi.

Sekiranya proses imbasan ultra bunyi dilakukan terhadap wanita sedang subur atau mengalami proses ovulasi (pelepasan telur dari ovari), telur yang dipanggil ‘sista ovulasi’ turut kelihatan dan ia akan hilang selepas beberapa minggu.

Dr Goh berkata, sista biasanya tidak memerlukan rawatan, namun jika terdapat kemungkina­n gelembung cecair itu membesar melebihi 5 cm, pemantauan seterusnya perlu dilakukan dalam tempoh tertentu.

“Bagi kes sista yang membesar, kita akan melihat perkembang­an saiz, rupa dan simptom ditunjukka­n, malah jika perlu kita turut melakukan ujian darah dipanggil ‘penanda tumor’ bertujuan mengenal pasti risiko kanser.

“Menerusi imbasan ultra bunyi, ciri fizikal sista berbentuk bulat dan hitam dikategori­kan sebagai sista biasa kerana hitam itu adalah cecair air atau darah.

“Jika sista berbentuk tidak normal, imbasan menunjukka­n kombinasi warna putih, kelabu dan hitam, malah membesar dengan cepat, terdapat kemungkina­n ia adalah kanser.

“Kanser ini hanya dapat dikenal pasti selepas pembedahan dilakukan dan sista itu dikaji di makmal,” katanya.

Kanser ovari tersenarai sebagai empat kanser biasa yang sering menyerang wanita di Semenanjun­g Malaysia dan mencecah lima peratus daripada semua kes kanser membabitka­n jantina ini.

FIBROID - KETUMBUHAN DAGING

pendarahan teruk dan saiz fibroid yang besar.

Saiznya boleh mencecah 20 cm seakan-akan menyamai wanita hamil berusia empat hingga lima bulan.

“Apabila saiz fibroid terlalu besar, ia akan mengganggu proses kumbahan manusia apabila fibroid menekan pundi kencing atau menyebabka­n masalah kesuburan sekiranya ia menjejaska­n lapisan endometriu­m (lapisan dalam pada rahim).

“Selalunya, apabila wanita disahkan mempunyai fibroid buat kali pertama, pakar sakit puan akan meminta pesakit melakukan ujian kali kedua dalam tempoh beberapa minggu atau bulan bagi memantau saiz dan simptom fibroid berkenaan.

“Sejenis kanser paling jarang berlaku

Ovari normal membabitka­n otot termasuk rahim adalah kanser sarkoma dan peratusan untuk ketumbuhan fibroid menjadi kanser sangat tipis,” ujarnya.

Berhasrat mempromosi­kan kempen kesedaran kesihatan wanita, Dr Goh mempelawa masyarakat, khususnya wanita untuk menyertai persidanga­n I Love Me Women’s Day Health Conference, yang akan berlangsun­g pada 10 Mac nanti.

Menerusi program percuma ini, golongan wanita bakal diberi pendedahan mengenai isu kesihatan seperti kanser, kesihatan mental dan seksual dengan perkongsia­n pakar perubatan.

Penganjura­n ini juga bertujuan memberi kepercayaa­n kepada wanita bahawa kesihatan mereka penting dan menjadi faktor utama dalam memainkan peranan sebagai anak, isteri serta ibu dalam kehidupan berkeluarg­a.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web, http:www.ogsm.org. my.

Faraj

Ovari dengan sista

 ??  ?? SISTA terbentuk di bahagian kilang telur wanita.
SISTA terbentuk di bahagian kilang telur wanita.
 ??  ??
 ??  ?? kebanyakan fibroid dan sista tidak memerlukan rawatan kerana ia tidak berbahaya
kebanyakan fibroid dan sista tidak memerlukan rawatan kerana ia tidak berbahaya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia