Harian Metro

HUJAN JEJAS PROJEK PAN BORNEO

-

Beliau berkata, keadaan itu tidak dapat dielakkan kerana semua tempat mengalami hujan lebat manakala lori berat tidak boleh menghentik­an operasi kerana mereka perlu mengangkut logistik untuk keperluan seharian penduduk.

“Inilah cabaran utama yang dihadapi pada musim hujan. Kerja-kerja tergendala kerana banyak tempat ditenggela­mi air menyebabka­n tanah lembut dan banyak tempat mengalami kerosakan apabila permukaan jalan pecah serta berlubang.

“Tetapi kontraktor memberi jaminan akan melipat gandakan kerja apabila keadaan cuaca pulih sepenuhnya nanti sekali gus meyakinkan kita projek itu dapat diselesaik­an mengikut jadual,” katanya. Beliau berkata demikian sempena pemilihann­ya sebagai

Naib Presiden Kanan,

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Fadillah berkata, hampir semua pakej projek berkenaan berjalan lancar dan mendahului jadual, kecuali tiga pakej yang mengalami sedikit kelewatan antaranya laluan dari Telok Melano ke Kuching dan Simpang Bakun ke Nyabau di Bintulu.

“Tetapi kelewatan itu tidak mencapai tahap kritikal,” katanya.

Mengenai pemilihann­ya sebagai Naib Presiden Kanan PBB selepas menang tanpa bertanding, Fadillah berkata, ia satu amanah berat yang harus digalasnya terutama untuk membantu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang

Openg melaksanak­an dasar ekonomi digital di Sarawak.

“Kerajaan negeri sedang berusaha untuk memperkasa­kan teknologi digital untuk mempercepa­tkan pembanguna­n.

“Saya akan memanfaatk­an pengalaman selama lima tahun selaku Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membantu kerajaan negeri ke arah visi itu,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH TENGKUJUH menyebabka­n banyak tanah di projek Lebuh Raya Pan Borneo terjejas.
FADILLAH TENGKUJUH menyebabka­n banyak tanah di projek Lebuh Raya Pan Borneo terjejas.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia