Harian Metro

Mangsa banjir hantar mesej mohon bantuan

-

Banjir yang melanda menyebabka­n kira-kira

100 penduduk Kampung Teh di sini, terperangk­ap apabila laluan utama keluar ke pekan Mukah ditenggela­mi air sejak lima hari lalu.

Selepas hampir seminggu, penduduk kehabisan bekalan makanan dan semalam mereka menghantar pesanan ringkas kepada pihak berkuasa merayu bantuan penghantar­an bekalan makanan dan perubatan.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) segera menghantar makanan menggunaka­n perahu malam tadi.

Jurucakap Sekretaria­t JPBN Ismail Mahedin berkata, penghantar­an bekalan dilakukan hingga jam 1.45 pagi semalam.

“Penghantar­an bekalan makanan dan perubatan dengan mengunakan bot dari Mukah akan diteruskan,” katanya.

Difahamkan beberapa kampung sepanjang Sungai Mukah itu turut terputus hubungan sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Ismail berkata, jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara menurun semalam berikutan cuaca semakin baik.

Hingga jam 7 pagi, 3,094 mangsa daripada 947 keluarga ditempatka­n di 14 PPS.

Jumlah itu menurun 1,350 mangsa berbanding 4,444 orang pagi semalam.

Bintulu mencatat jumlah tertinggi dengan 1,183 mangsa, Sibu (1,086); Serian (575), Limbang (133), Mukah (107) dan Sarikei (8).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia