Harian Metro

AKTIF CEBURI BIDANG KOPERASI

- Rafiqah Dahali am@hmetro.com.my

 Jana lebih pendapatan tingkat ekonomi setempat

Usahawan di sekitar daerah ini digalakkan untuk lebih bergiat aktif dalam menceburi bidang keusahawan­an koperasi bagi menjana lebih pendapatan, sekali gus meningkatk­an ekonomi pelbagai sektor daerah ini.

Ini berikutan masyarakat di daerah Papar khususnya golongan usahawan belum terdedah sepenuhnya dengan kepentinga­n dan keistimewa­an bidang keusahawan­an koperasi.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata demikian dalam Program Lestari Modal Insan Koperasi yang diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Papar di sini, semalam.

“Menurut statistik dikeluarka­n Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) hingga 31 Disember 2017, 37 buah koperasi aktif ditubuhkan dengan bilangan keanggotaa­n 9,778 orang di sekitar daerah Papar, namun hanya 25 buah saja koperasi yang aktif.

“Untuk makluman, keseluruha­n modal syer koperasi di Papar RM264,942 dengan pemilikan aset bernilai RM1,816,862.

“Antara aktiviti yang diceburi koperasi di Papar ialah pengguna dengan 24 koperasi, aktiviti perindustr­ian dengan tiga koperasi, aktiviti perkhidmat­an dengan empat koperasi dan enam koperasi bagi aktiviti pertanian,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia Prof Datuk Mohd Yusof Kasim, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah Yahya Sulaiman dan Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Umar Sarim Saidin.

Rosnah berkata, penyumbang utama perolehan koperasi di daerah ini ialah melalui aktiviti pengguna dari koperasi sekolah (sembilan koperasi) dengan nilai perolehan lebih RM1 juta bagi 2017.

“Daripada statistik yang dikeluarka­n SKM, masih terdapat ruang dan peluang yang boleh direbut oleh masyarakat di Papar.

“Skop perkhidmat­an koperasi perlu diperluask­an serta mencakupi pelbagai bidang dengan keberanian melakukan transforma­si agar boleh terus berkembang bersama dokongan lebih ramai anggota masyarakat,” katanya.

Rosnah juga turut menggesa koperasi di sekitar daerah Papar untuk terbabit secara aktif dalam sektor pemboronga­n dan peruncitan khususnya.

“Saya menggesa koperasi di Papar meningkatk­an pembabitan di dalam sektor pemboronga­n dan peruncitan melalui inisiatif Kedai Harga Patut yang diwujudkan di setiap kawasan parlimen,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSNAH melawat gerai selepas merasmikan penutupan Program Melestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Papar, semalam.
ROSNAH melawat gerai selepas merasmikan penutupan Program Melestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Papar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia