Harian Metro

GEMPUR SARANG PENAGIH

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Beberapa kampung di Merotai di sini, dipercayai menjadi tumpuan penagih dan pengedar dadah di daerah ini.

Malah, kampung berkenaan tersenarai antara kawasan panas atau ‘hotspot’ oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tawau.

Meskipun AADK kerap menjalanka­n operasi penguatkua­saan dari semasa ke semasa, individu terbabit dengan penyalahgu­naan dadah dilihat terus meningkat.

Tinjauan Metro Ahad di Kuala Merotai, barubaru ini mendapati, kebanyakan penduduk bimbang terhadap kes penyalahgu­naan dadah terutama dalam kalangan generasi muda.

Difahamkan, antara kampung yang mempunyai masalah itu adalah Kampung Kuala Merotai dan Kampung Sungai Udin, di sini.

Ketua Kampung Kuala Merotai Mahmud Bacho berkata, masalah dadah di kawasan tersebut semakin meningkat disebabkan masyarakat kurang sedar bahaya dadah.

Selain itu, katanya, mereka tidak tahu cara untuk membuat aduan kepada pihak yang bertanggun­gjawab.

“Segelintir penduduk pula tahu cara untuk membuat aduan tetapi tidak berani berbuat demikian.

“Ini menyebabka­n masalah ini semakin berleluasa,” katanya.

Menurutnya, ada juga ibu bapa yang tidak menyedari anak atau ahli keluarga terjerumus dengan gejala dadah kerana sikap tidak ambil peduli.

Katanya, mereka menyangka anak sudah boleh menjaga diri sendiri tanpa sebarang pengawasan.

“Ini menyebabka­n anak mereka mudah terpengaru­h dengan gejala sosial termasuk masalah penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Mahmud berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya mengadakan kerjasama dengan AADK Tawau untuk mengadakan operasi.

Katanya, dengan pendekatan itu, ia dapat membantu masyarakat bertindak jika mengetahui ada individu atau ahli keluarga yang terbabit dengan dadah.

“Pada awalnya, kami tidak berani untuk melaporkan masalah penagih di kawasan ini walaupun kami tahu banyak penagih dadah di kampung ini.

“Namun, selepas AADK menjalanka­n program Perangi Dadah HabisHabis­an 1.0 yang dilakukan setiap minggu, kami lebih terbuka untuk membuat aduan jika mendapati ada dalam kalangan keluarga atau orang terdekat menagih dadah,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung

Kuala Merotai, Harry Harris berkata, orang ramai diminta tidak meminggirk­an bekas penagih bagi mengelak mereka kembali terjebak dengan dadah.

Katanya, mereka sepatutnya membantu golongan itu menjalani pemulihan dan kembali semula dalam masyarakat.

“Sesetengah bekas penagih malu untuk bergaul dengan masyarakat. Oleh itu, penduduk kampung boleh mengambil inisiatif dengan menghantar ahli jemaah masjid kampung untuk mendekati golongan ini.

“Menerusi pendekatan tersebut, ahli jemaah masjid dapat memberi kata-kata positif kepada bekas penagih untuk mengubah cara hidup mereka ke arah lebih sihat,” katanya.

 ??  ?? OPS Sarang yang dijalankan AADK di Merotai, Tawau.
OPS Sarang yang dijalankan AADK di Merotai, Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia