Harian Metro

KWSP ISYTIHAR DIVIDEN 6.9%

KWSP agih RM44.15 bilion kepada pencarum untuk 2017

- Luqman Arif Abdul Karim news@nstp.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytih­arkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvension­al 2017 membabitka­n jumlah agihan sebanyak RM44.15 bilion, semalam.

Pemilik akaun Simpanan Shariah yang mula diperkenal­kan pada 8 Ogos 2016 pula menerima dividen berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

Pengkredit­an Dividen 2017 akan dilaksanak­an hari ini dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-Akaun.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, jumlah keseluruha­n agihan dividen bagi 2017 itu adalah RM48.13 bilion, sekali gus mencatatka­n peningkata­n 29.8 peratus berbanding 2016.

“Kami gembira dengan prestasi keseluruha­n pada 2017 iaitu tahun penting bagi KWSP dalam menguruska­n dua skim simpanan dan mengisytih­arkan dua kadar dividen.

“Simpanan Shariah menunjukka­n prestasi kukuh untuk pengisytih­aran dividen pertama, sekali gus membuktika­n ia mapan dan memberikan berita baik kepada ahli yang bertukar daripada Simpanan Konvension­al.

“Bagi Simpanan Konvension­al, kadar 6.9 peratus adalah kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pengagihan dividen bagi setiap akaun diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak susut nilai bersih aset kewangan, kerugian tidak nyata disebabkan kadar pertukaran mata wang asing, harga instrumen derivatif, perbelanja­an pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluara­n.

Simpanan Shariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagianny­a daripada aset syariah manakala pendapatan Simpanan Konvension­al terbahagi kepada dua, iaitu aset syariah dan bukan syariah, masing-masing berkadar 38 peratus dan 62 peratus.

Samsudin berkata, pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, iaitu jumlah tertinggi sejak penubuhann­ya pada 1951 justeru, RM4.6 bilion diperuntuk­an kepada Simpanan Syariah, manakala Simpanan Konvension­al (RM48.54 bilion).

“Pulangan Simpanan Konvension­al ditingkatk­an oleh pendapatan diperolehi daripada pelaburan bukan syariah berikutan lonjakan prestasi saham perbankan sedunia, sementara Simpanan Shariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvension­al memandangk­an ia tidak patuh syariah.

“Selain itu, susut nilai ekuiti daripada saham patuh syariah, terutama sektor minyak dan gas serta telekomuni­kasi menurunkan pendapatan portfolio syariah KWSP,” katanya.

“Pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk 2017 adalah RM53.14 bilion iaitu jumlah tertinggi sejak penubuhann­ya pada 1951

Samsudin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia