Harian Metro

AKSESORI POLIS BERLAMBAK DI SEMPADAN

Dijual secara terbuka kepada orang awam di sekitar sempadan Thailand

- Norizuan Shamsuddin news@nstp.com.my

Pakaian dan eksesori Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh diperoleh dengan mudah oleh orang awam termasuk penjenayah berikutan ia dijual dengan meluas di sekitar sempadan selatan Thailand.

Malah, pelanggan boleh membeli kelengkapa­n seragam yang mempunyai logo PDRM terbabit tanpa perlu menunjukka­n kad keanggotaa­n seperti ditetapkan kepada peniaga yang mempunyai permit khas di negara ini bagi menjual barangan pihak berkuasa.

Barangan terbabit juga dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran di negara ini.

Tinjauan wartawan di sempadan negara itu membabitka­n Danok (Songkhla), Betong (Yala) dan Sungai Golok (Narathiwat) mendapati terdapat 15 premis menjual kelengkapa­n PDRM.

Antara kelengkapa­n terdapat di premis perniagaan terbabit adalah pakaian, jaket, tali pinggang, logo integriti besi, lencana pangkat, butang baju besi, beret dan juga topi velvet yang mempunyai logo PDRM.

Barangan terbabit dijual bermula RM20 hingga RM300 bagi setiap satu.

Bagi mendapatka­n kepastian wartawan cuba meninjau beberapa premis di tiga wilayah di sempadan negara jiran itu.

Malah, premis yang menjual kelengkapa­n terbabit juga mudah dikenal pasti apabila uniform pasukan keselamata­n termasuk pakaian celoreng tentera dipamerkan di bahagian luar premis.

Tinjauan pertama dilakukan wartawan adalah di sebuah kedai di pekan Danok dan didapati premis terbabit dijaga pekerja lelaki berasal dari selatan Thailand yang mahir berbahasa Melayu.

Pemerhatia­n mendapati terdapat pelbagai aksesori kelengkapa­n PDRM serta tentera di dalam rak di premis berkenaan.

Manakala pakaian dan ves ada logo serta tertera tulisan ‘POLIS’ di gantung di setiap sudut premis terbabit.

Malah, pistol angin menyerupai senjata api sebenar serta gari digunakan anggota penguat kuasa turut dijual di premis berkenaan.

Untuk mendapatka­n kepastian wartawan cuba bertanya kepada pekerja terbabit untuk membeli kelengkapa­n PDRM dan ternyata ia boleh dibeli sesiapa saja yang mahukan kelengkapa­n berkenaan.

Wartawan: Berapa harga ves (PDRM) dan ini?

Pekerja: 644 Bath, kalau duit Malaysia RM80 sehelai, bang. Wartawan: Tapi saya bukan polis boleh ke beli ini?

Pekerja: Boleh je...janji ada duit boleh beli apa abang berminat dekat kedai ini. Wartawan: Tak perlu bagi kad polis atau pasport ke? Kalau di Malaysia kena bagi pengesahan kad keanggotaa­n untuk beli aksesori atau pakaian polis.

Pekerja: Itu dekat Malaysia bang. di sini (Thailand) tidak perlu semua itu. Hanya perlu bayar duit saja.

Wartawan: Nanti saya nak bawa balik kat Kuala Lumpur macam mana?

Pekerja: Kalau ves, pakaian, topi, tali pinggang dan eksesori lain boleh letak dalam beg atau bagasi saja untuk keluar nanti pemeriksaa­n Jabatan Imigresen serta Kastam boleh lepas saja. Kalau pistol angin ini susah sikit sebab takut nanti alat pengimbas dapat kesan.

Wartawan: Baiklah, saya cuba tengok barang-barang lain dahulu.

Pekerja: Kalau abang mahu tengok lebih banyak lagi barang eksesori dan pakaian uniform boleh pergi ke kedai abang ipar saya yang terletak 500 meter dari premis ini.

Itu antara perbualan wartawan dengan pekerja terbabit yang mendakwa sudah tiga tahun bekerja di premis perniagaan yang didakwa milik abang iparnya.

Sementara itu, tinjauan wartawan lakukan di pintu sempadan Betong dan Sungai Golok turut mendapati barangan aksesori PDRM terbabit di jual secara terbuka kepada orang awam.

Malah, barangan terbabit dengan mudah diperoleh di beberapa premis yang beroperasi di Central Market Betong yang menjadi tumpuan awam selain di lot kedai berdekatan pekan daerah berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? AKSESORI dan pakaian PDRM dijual secara meluas di sempadan Thailand.
AKSESORI dan pakaian PDRM dijual secara meluas di sempadan Thailand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia