Harian Metro

BUAH PINGGANG UNTUK ADIK

Guru ambil risiko derma organ tidak sanggup lihat adik derita sakit sejak tiga tahun lalu

- Yusmizal Dolah Aling news@nstp.com.my

“Na...jagalah diri. Nuar halalkan buah pinggang. Itu saja yang Nuar boleh tolong. Jagalah sebaik mungkin.

“Lepas ni makan ubat dengan betul, jaga pemakanan. Jaga dengan elok sampai bila-bila,” kata seorang guru, Anuar Mohamed.

Lelaki berusia 37 tahun itu boleh disifatkan sebagai abang penyelamat nyawa, apabila sanggup mendermaka­n sebelah buah pinggangny­a kepada adik kandung Norazlina Mohamed, 34, menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 6 Februari lalu.

Dia yang tidak sanggup melihat penderitaa­n adiknya yang disahkan menghidap kegagalan buah pinggang sejak tiga tahun lalu mengambil keputusan untuk mendermaka­n organ miliknya itu semata-mata kerana kasih sayang seorang abang.

Katanya, sebagai anak lelaki tunggal daripada enam beradik, dia sanggup berkorban mengambil risiko yang berkemungk­inan untuk memastikan adiknya tidak lagi meraung kesakitan serta berulang-alik ke hospital untuk rawatan biarpun dirinya kehilangan sebelah buah pinggang.

“Sudah lebih setahun kami menjalani pemeriksaa­n dan berunding dengan pakar di HKL dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk melihat sama ada saya boleh menjadi penderma atau pun tidak.

“Selama tempoh itu, saya beri semangat kepada adik supaya dia tabah melaluinya dan saya sentiasa ada bersama-sama. Dia memang seorang yang kuat, semoga dia akan segera sembuh dan dapat memulakan hidup baru dengan buah pinggang saya itu,” katanya yang menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara 2, Petaling Jaya sejak lapan tahun lalu.

Anuar berkata, adiknya itu sebelum ini cuba bertahan dengan kesakitan dialami dan tidak mahu memberitah­u kepada ahli keluarga sehingga sampai satu tahap dia perlu menjalani pemindahan untuk mendapatka­n buah pinggang baru.

Katanya, buah pinggang adiknya itu juga sudah lapan kali dijangkiti kuman menyebabka­n keadaannya bertambah teruk dan memerlukan pembedahan segera sebagai jalan terakhir.

“Saya tidak pernah langsung terlintas untuk berpatah balik, takut atau sebagainya. Walaupun saya tahu ada risiko, nyawa adik saya lebih penting. Keluarga juga memberi sokongan dan tidak membantah hasrat saya untuk bantu Ina (Norazlina) dengan memberi buah pinggang saya kepadanya.

“Sekarang tidak ada apa lagi, cuma perlu teruskan hidup. Saya harap Ina juga begitu. Saya juga berdoa supaya tidak ada masalah pada buah pinggang saya yang kini berada dalam tubuh dia. Semoga kami terus sihat sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu Norazlina berkata sebagai adik, dia begitu terharu dengan pengorbana­n abangnya yang sanggup mendermaka­n buah pinggang kepadanya untuk memastikan dia sihat semula.

“Saya rasa terharu, gembira dan berterima kasih kepada abang sebab sudi menderma buah pinggang dia kepada saya. Susah nak cari abang yang boleh buat pengorbana­n sebesar ini. Dia tak sanggup tengok saya dalam kesakitan menggunaka­n mesin haemodiali­sis tiga kali seminggu.

“Saya tekad jaga diri dan buah pinggang dia sebaik mungkin sebab saya tahu kalau saya tak jaga baik amanah ini, dia sudah buat pengorbana­n yang besar. Walaupun dia tahu risiko sebelum buat pemindahan dia nekad dan saya pun positif,” katanya.

Sementara itu, bapa mereka, Mohamed Abd Rahman, 70, berkata, sebagai bapa dia terharu dengan dua anaknya yang sanggup menderma dan menerima buah pinggang demi kebaikan bersama.

Katanya, perasaan bercampur baur itu dirasakan sejak awal Anuar menyatakan hasrat menderma apatah lagi dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan bekerjaya berbanding saudaranya yang lain.

“Semoga mereka berdua sihat. Mereka berdua anak yang baik dan saya tak sangka mereka melalui saat ini,” katanya.

Susah nak cari abang yang boleh buat pengorbana­n sebesar ini

Norazlina

 ??  ??
 ?? FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI ?? ANUAR bersama Mohamed dan kakaknya Nor Hayati selepas menjalani pembedahan memindahka­n buah pinggang kepada Norazlina di Hospital Kuala Lumpur.
FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI ANUAR bersama Mohamed dan kakaknya Nor Hayati selepas menjalani pembedahan memindahka­n buah pinggang kepada Norazlina di Hospital Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia