Harian Metro

‘BERCAKAP’ DENGAN ANJING

Anggota APM ‘tenteramka­n’ haiwan liar dengan cara tersendiri

- Mohd Hilmie Hussin news@nstp.com.my

“Saya lihat seorang daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendekati anjing itu, duduk dan berinya minum serta berinterak­si, sebelum haiwan berkenaan berjalan mengekorin­ya,” kata Mohd Mawardi Badruddin.

Mohd Mawardi, 37, adalah penduduk Taman Bukit Katil Permai di sini, yang membuat aduan mengenai anjing liar berkeliara­n di depan rumahnya setiap

waktu.

Mohd Mawardi berkata, sebaik dia keluar rumah untuk bekerja jam 7.30 pagi kelmarin, seekor anjing berlegar-legar di taman perumahan itu termasuk di taman permainan dan hadapan pagar rumahnya.

“Ketika keluar, saya sudah halau anjing itu tetapi ia tak bergerak. Saya fikir nanti pergilah anjing itu.

“Bagaimanap­un, apabila saya pulang dari kerja jam 6 petang, anjing hitam itu masih berada di depan rumah dan saya juga tidak berani turun daripada kereta untuk membuka pagar kerana apabila pintu dibuka, ia cuba mendekati,” katanya yang menghubung­i APM untuk mendapatka­n bantuan.

Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Melaka Tengah mengesahka­n menerima aduan berkaitan anjing liar di taman perumahan terbabit sebelum empat anggota ke lokasi kejadian pada jam 6.56 petang.

Anggota APM, Mohd Sufian Abdul Manaf berkata, sebaik melihat anjing jenis

American Pit Bull Terrier itu, dia mendekati haiwan terbabit lalu memujuknya supaya beredar.

“Saya lihat haiwan ini seperti dalam kesakitan, kehausan dan kelaparan, mungkin disebabkan menunggu makanan di hadapan rumah pengadu.

“Saya kemudian menghulurk­an tangan membelai kepala dan lehernya dan ternyata haiwan itu tidak agresif, sebelum memberikan air,” katanya semalam.

Dia yang sudah tujuh tahun berkhidmat dalam APM dan terbabit dengan lebih 10 kes berkaitan anjing kemudianny­a mengajak haiwan itu beredar dari kawasan perumahan berkenaan.

“Saya juga gemar menonton rancangan menyelamat dan memujuk anjing liar.

Walaupun pernah digigit anjing tahun lalu, saya sudah melakukan persediaan dan mengamalka­n keadaan keselamata­n,” katanya.

Saya lihat haiwan ini seperti dalam kesakitan, kehausan dan kelaparan,

Mohd Sufian

 ??  ??
 ??  ?? ANJING jenis American Pit Bull Terrier di hadapan rumah Mohd Mawardi.
ANJING jenis American Pit Bull Terrier di hadapan rumah Mohd Mawardi.
 ??  ?? MOHD Sufian memberi anjing liar minum sebelum beredar.
MOHD Sufian memberi anjing liar minum sebelum beredar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia