Harian Metro

PERANGKAP BIASISWA SYIAH

 Sedia skim peruntukan pendidikan pelajar ingin dalami bidang teologi

- Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

> Proses doktrinisa­si ajaran Syiah secara sistematik berterusan apabila biasiswa untuk mendalami bidang teologi di Iran ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Perkara itu didedahkan Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang menyifatka­nnya sebagai fasa kedua untuk mengembang­kan ajaran berkenaan, lapor Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

Mereka pernah menggunaka­n perniagaan air minuman, struktur organisasi penjawat awam termasuk pusat pendidikan kanak-kanak untuk meluaskan doktrin aliran Syiah dan terbaru, menawarkan skim peruntukan pendidikan kepada beberapa negara Islam lain terutamany­a Malaysia.

Lebih mengejutka­n bahawa skim peruntukan pendidikan itu dikhaskan untuk pelajar yang ingin mendalami bidang teologi (disiplin ilmu berkaitan keagamaan) dan graduan terpilih akan melanjutka­n pengajian yang berpangkal­an di Iran.

Perkara itu didedahkan Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang mana ia boleh mengundang ketidaksta­bilan pada aspek keharmonia­n serta keselamata­n.

“Penawaran skim peruntukan pendidikan ini adalah kaedah proses doktrinisa­si paling sistematik yang digunakan supaya membolehka­n mereka menyuntik sebarang agenda aliran pemahaman Syiah terhadap graduan sebelum disebarkan apabila mereka tamat pembelajar­an di sesebuah universiti di negara berkenaan.

“Jika kita lihat fasa sebelum ini, mereka mengembang­kan aliran pemikiran Syiah menerusi kemasukan pelajar Iran ke beberapa negara Islam lain termasuk Malaysia dan ini termasuk pembinaan perniagaan sendiri serta memasukkan anggota yang beraliran Syiah dalam sistem pentadbira­n.

“Bagaimanap­un, fasa itu sudah berakhir dan kini memasuki fasa kedua iaitu menawarkan skim pendidikan supaya pelajar daripada negara Islam lain boleh merasai sendiri dan melakukan secara praktikal aliran Syiah terbabit,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Namun, Mohd Mizan mengakui masih wujud kelompok minoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam negara berkenaan, aliran pemikiran yang mendominas­i adalah Syiah.

Beliau berkata, sudah pasti penawaran skim pendidikan kepada graduan beberapa negara Islam termasuk Malaysia itu adalah proses pengkadera­n pengikut Syiah menerusi kaedah yang lebih sistematik dan dilihat sebagai ‘sah’.

“Penawaran skim pendidikan secara bantuan penuh ini bukan untuk graduan di negara ini saja, malah pendekatan sama turut dilakukan di beberapa negara lain,” katanya.

Menyentuh aspek keselamata­n, menurutnya, keadaan itu boleh mengganggu keselamata­n negara memandangk­an ajaran Syiah sudah diputuskan tidak bersesuaia­n diamalkan di negara ini.

“Perkara ini tambah membimbang­kan apabila kelompok militan seperti Daish yang mendukung ideologi ‘Salafi

Jihadi’ sangat bertentang­an dengan kelompok Syiah.

“Pastinya, jika mengembang­an ajaran itu berlaku di negara ini, tidak mustahil Malaysia akan menjadi sasaran berikutnya kelompok militan Daish untuk melancarka­n ‘jihad’ dalam konteks mereka,” katanya.

Sementara itu, Majlis

Fatwa Kebangsaan

(MFK) sudah memutuskan pada

1996 bahawa ajaran

Islam yang bertentang­an dengan

ASWJ adalah

“Penawaran skim pendidikan secara bantuan penuh ini bukan untuk graduan di negara ini saja, malah pendekatan sama turut dilakukan di beberapa negara lain”

Dr Mohd Mizan

bercanggah termasuk aliran Syiah.

Menerusi keputusan itu, MFK menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk pada undang-undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan ASWJ sahaja.

Justeru, sebarang bentuk penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa jua buku serta risalah yang bertentang­an ASWJ adalah diharamkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia