Harian Metro

Adat unik akad nikah berdiri

-

Bukan duduk tetapi berdiri. Itu kelainan majlis akad nikah pasangan pengantin yang disatukan di Kampung Lebak Engad, di sini, semalam.

Dalam majlis perkahwina­n itu, akad nikah dibuat secara berdiri hingga menarik perhatian tetamu tidak seperti kebiasaan iaitu pengantin bersila.

Dalam majlis itu, orang ramai turut berdiri ketika pengantin dinikahkan oleh jurunikah.

Difahamkan, adat itu dilakukan berikutan pengantin lelaki daripada etnik Bajau Sama keturunan Datu iaitu Datu Jamalin bin Datu Juan bin Datu Takupan bin Datu Rambangan bin Datu Baskal.

Mereka berasal dari Kampung Jawi-Jawi, dekat sini.

Abdul Masdeh Alibin, 24, dan isterinya, Che Nilawati Akup, 22, disatukan dengan mas kahwin RM300 serta hantaran RM10,400. Abdul Masdeh berkata, bernikah secara berdiri antara adat yang digunakan etnik Bajau Sama berketurun­an Datu.

“Sejak awal lagi, keluarga kedua-dua pihak merancang mengadakan majlis mengikut adat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? ABDUL Masdeh melafazkan akad nikah secara berdiri mengikut adat masyarakat Bajau Sama berketurun­an Datu di Kota Belud.
ABDUL Masdeh melafazkan akad nikah secara berdiri mengikut adat masyarakat Bajau Sama berketurun­an Datu di Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia