Harian Metro

Pengarah bebas jaminan RM100,000

-

Alor Setar: Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis yang ditahan pada 29 Januari lalu selepas disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini semalam.

Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarka­n pengarah berusia 60 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM100,000 bersama seorang penjamin.

Berdasarka­n maklumat, suspek kemudianny­a membayar wang jaminan berkenaan kepada SPRM.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama 13 hari bermula pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Selain itu, turut ditahan SPRM sebelum ini adalah dua ahli perniagaan, dipercayai salah seorang daripadany­a adalah anak kepada pengarah berkenaan namun mereka dibebaskan dengan jaminan suruhanjay­a terbabit pada 5 Februari lalu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa pengarah berkenaan hidup mewah disyaki hasil suapan sebanyak 10 peratus diperoleh daripada setiap projek JPS yang diluluskan di Perlis sejak 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia