Harian Metro

Serik ulas hubungan dengan Zahirah

-

Kuala Lumpur: “Jika ada yang bertanya, saya akan senyum saja. Cukuplah, saya tak mahu cakap apa-apa lagi,” kata pelakon popular,

Zul Ariffin yang enggan lagi mengulas mengenai hubunganny­a dengan pelakon Zahirah Macwilson.

Zul, 32, berkata, dia tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana bimbang boleh membuka ruang untuk mana-mana pihak membahaska­n perkara itu.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi. Bukan apa, kalau saya bercerita sikit pun ia sedikit sebanyak membuka ruang untuk orang terus bercakap.

“Saya sudah berjanji dengan diri sendiri, tahun ini memang nak fokus kepada kerjaya saja. Cukuplah tahun lalu saya banyak relaks dan bercakap mengenai kisah cinta,” katanya kepada Harian Metro.

Zul berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana hubunganny­a dengan Zahirah kini selepas berdepan kontrovers­i tahun lalu yang turut membabitka­n pelakon, Kamal Adli.

Menurut Zul, tidak ada istilah merajuk dalam dirinya sebaliknya lebih kepada inginkan privasi.

“Saya serba salah jika tidak menjawab pertanyaan media mengenai hubungan kami. Cuma, kali ini berilah saya sedikit ruang privasi pula.

“Saya seorang yang saja dan tidak suka hebohkan sesuatu perkara. Kalau ada pihak lain yang nak bersuara, ia hak mereka asalkan ia bukan daripada saya,” katanya.

 ??  ?? REMY
REMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia