Harian Metro

Remy belum sedia berkahwin

-

Petaling Jaya: Walaupun hampir setahun bertunang, pelakon popular Remy Ishak, 36, mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini.

Remy berkata, dia tidak menolak kemungkina­n akan berkahwin pada usia 40 tahun.

“Saya ingin fokus pada karier dulu. Saya baru berusia 36 tahun, mungkin juga saya akan kahwin pada usia 40 tahun nanti.

“Namun, jika berkahwin nanti, saya juga tidak sorokkan daripada pihak media,”katanya.

Remy melangsung­kan pertunanga­n dengan ahli perniagaan, Roszaliza Yusof pada Mei tahun lalu.

Ditanya hubunganny­a dengan Roszaliza, Remy berkata, hubungan mereka ada turun dan naik.

Menurut pelakon yang popular dalam drama Kekasih Paksa Rela di TV3 itu, dia juga perlu membuat persediaan lengkap termasuk dari segi kewangan sebelum berkahwin.

“Saya kini bekerja keras untuk mengumpul wang dan mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Saya ingin menjadi suami yang bertanggun­gjawab untuk menjaga keluarga dan bukan sekadar berkahwin saja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej percutian bersama peminatnya di Kota Damansara, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia