Harian Metro

Alasan guna khidmat doula

- Kalidevi Mogan Kumarappa, Asman Rusman, Mahaizura Abd Malik dan Siti A’isyah Sukaimi news@nstp.com.my

 Wanita dedah sebab ibu hamil enggan bersalin di hospital

Aurat, trauma menjalani pembedahan ketika bersalin, pencetus melahirkan anak dan omokan mengenai layanan buruk kakitangan perubatan di hospital menjadi faktor masyarakat kita masih terpedaya dengan pengaruh

atau peneman kelahiran walaupun khidmat itu tidak pernah diiktiraf di negara ini.

Seorang ibu tiga anak yang mahu dikenali sebagai Leena, 40-an, berkata, proses melahirkan anak pada hari ini jarang dilihat sebagai sesuatu yang biasa apabila ada campur tangan perubatan seperti pencetus melahirkan anak dan penggunaan ubat-ubatan yang kadangkala menjadi punca komplikasi kelahiran bayi.

“Dalam pengalaman saya ketika melahirkan anak pertama, saya menjalani prosedur (pembedahan) yang bukan pilihan saya dari hari pertama disahkan mengandung lagi.

“Namun, apabila doktor mengugut anak saya akan meninggal dunia dalam kandungan, saya tiada pilihan lain selain mengikuti arahan mereka.

“Untuk anak kedua pula, saya sudah membuat permohonan untuk doktor wanita yang memeriksa dan melakukan prosedur ketika saya bersalin, namun kecewa apabila doktor pelatih lelaki berada di samping sepanjang saya sakit untuk bersalin.

“Ia nyata satu pengalaman yang memalukan, selain membabitka­n isu aurat sebagai wanita Islam,” katanya.

Menurutnya, selepas melalui dua pengalaman buruk itu, dia memilih menggunaka­n khidmat bagi menemaniny­a bersalin secara normal di rumah dan dia berjaya melalui pengalaman terbabit dengan sokongan

yang cukup memahami serta memberi keyakinan untuk dirinya bersalin.

Susulan pengalaman itu, Leena membuat keputusan mempelajar­i dan mengambil kursus bagi membantu wanita lain yang didakwa memerlukan khidmat peneman kelahiran.

“Bersalin satu proses semula jadi yang dianugerah­kan oleh Allah SWT kepada setiap wanita yang mengandung.

“Tidak ada mana-mana wanita mengandung yang akan kekal mengandung selama hayat mereka, cukup tempoh anak akan keluar melalui saluran peranakan ibu sebagai satu tindak balas semula jadi sistem tubuh mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman­nya ketika mengendali­kan sesi kumpulan sokongan untuk wanita yang mengalami trauma ketika melahirkan anak, Leena berkata, seorang wanita terbabit menjalani proses (mencetuska­n kelahiran) ketika usia kandungann­ya masuk minggu ke-37 meskipun tidak ada tanda untuk bersalin dan doktor memujuknya supaya memberi persetujua­n dengan memberitah­u bayi sudah sedia untuk dilahirkan serta tidak perlu menunggu lagi.

“Bagaimanap­un, sangkaan doktor itu silap apabila bayi terbabit belum lagi selesai proses pembesaran­nya di dalam rahim dan dilahirkan tanpa refleks menelan hinggakan bayi yang baru dilahirkan itu tidak boleh menelan susu dengan sempurna dan akhirnya maut tercekik susu,” katanya.

Sebagai pengajar kelahiran bayi, Leena sudah mendengar banyak kisah pengalaman melahirkan anak yang menyayat hati dan kisah seumpama itu terlalu menyentuh perasaan dan membuatkan dia hilang fokus sepanjang hari.

“Disebabkan itu, ramai ibu atau pasangan mengikuti kelas dianjurkan bagi memudahkan proses bersalin. Tugas hakiki doula menemani ibu ketika bersalin serta kami biasanya menasihati cara meneran, bernafas dan bukan menggalakk­an mereka bersalin di rumah.

“Bagaimanap­un, saya tidak menolak ada pasangan yang memilih bersalin sendiri di rumah selepas mengikuti kelas persediaan untuk bersalin seperti saya sendiri apabila permintaan mendapatka­n cara melahirkan anak yang lebih baik di hospital tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu mengandung mahu yang terbaik untuk diri mereka dan anak yang bakal dilahirkan serta keputusan sesetengah ibu bapa membuat pilihan untuk kelahiran di rumah adalah keputusan mereka sendiri dan bukannya dilakukan oleh

Seorang lagi Masni, 40-an, berkata, mereka hanya berperanan sebagai peneman kelahiran untuk memberi sokongan emosi sewaktu detik kelahiran sehingga hari awal berpantang saja.

Beliau berkata, dalam memberikan perkhidmat­an mereka, setiap pembantu atau peneman yang dipanggil Amani Doula sama sekali tidak boleh memberi bantuan dari sudut perubatan atau membuat keputusan untuk pihak ibu bapa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia