Harian Metro

Bahayakan jiwa satu tindakan zalim

-

kezaliman yang diharamkan Allah.

sebagaiman­a pengamalan di luar negara menggalakk­an kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor, tetapi mereka tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih.

“Ini kerana jika berlaku sebarang komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan pembedahan, janin stres di dalam kandungan, tersangkut atau bayi songsang, ia memerlukan kemahiran tinggi oleh pakar.

“Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman sesawang Mufti Wilayah Persekutua­n, semalam.

Dr Zulkifli berkata, alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, di samping perlu difahami, nyawa jauh lebih penting berbanding aurat dalam situasi berkenaan.

Menurutnya, meyakini dengan melahirkan anak di rumah, mencontohi Maryam AS tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman itu kehendak Allah untuk membuktika­n kekuasaan-Nya.

 ??  ?? DR Zulkifli
DR Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia