Harian Metro

Polis cuci masjid sebelum maut

-

Kuala Lumpur: “Sebelum ini ayah pernah berkata sudah tidak seronok menunggang motosikal, selain berpesan supaya saya menjaga lima adik serta ibu. Tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalk­an kami,” kata Wan Muhamad Adha, 26, anak sulung anggota Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya

Koperal Wan Marecan Wan Muhammad, 51, meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi model BMW GS1200 ditunggang­nya kemalangan di Jalan Kuching di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Wan Muhammad Adha berkata, bapanya seorang yang ceria dan sering berjenaka apabila berjumpa dengan mereka adik-beradik biarpun bapanya itu tinggal bersendiri­an di Pantai Dalam di sini.

Malah, dia berkata, bapanya itu seorang yang mengambil berat dan bertanggun­gjawab selepas bercerai dengan ibu mereka kira-kira sembilan tahun lalu.

“Kebiasaann­ya dalam seminggu, ayah akan melawat sebanyak tiga kali. Cuma, saya tak sangka apabila berjumpany­a kira-kira tiga hari lalu, sikap pendiam ayah menimbulka­n tanda tanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HKL bagi menuntut jenazah mangsa.

Sementara itu, polis meminta individu yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabka­n kematian Wan Marecan supaya tampil membuat laporan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana cuai dan menyebabka­n kemalangan maut.

Katanya, dalam kejadian berkenaan, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan menyebabka­n tercampak ke pembahagi konkrit di tengah jalan berkenaan.

 ??  ?? AHLI keluarga Wan Marecan hadir di Institut
Perubatan Forensik Negara untuk menuntut
jenazah arwah.
AHLI keluarga Wan Marecan hadir di Institut Perubatan Forensik Negara untuk menuntut jenazah arwah.
 ??  ?? WAN Marecan
WAN Marecan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia