Harian Metro

Wujud polisi bantu pencarum Islam

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan mewujudkan polisi yang membolehka­n semua pencarum baru beragama Islam terus didaftarka­n di bawah simpanan syariah apabila mula melakukan caruman dengan organisasi terbabit.

Perancang Kewangan Islam (IFP), Infaq Consultanc­y & Advisory, Afyan Mat Rawi berkata, langkah itu penting bagi memastikan mereka hanya menyimpan dan melabur secara syariah selari dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

“Langkah ini dapat mengelakka­n mereka ini diberi pilihan dalam melakukan simpanan di KWSP, sekali gus membantu dalam meningkatk­an lebih ramai pencarum dalam simpanan syariah pada masa depan,” katanya di sini, semalam.

Sabtu lalu, KWSP mengisytih­arkan dividen 6.40 peratus untuk simpanan syariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion dan dividen

6.90 peratus (simpanan konvension­al) dengan jumlah agihan RM44.15 bilion.

Beliau berkata, KWSP juga disarankan supaya lebih agresif dalam mempromosi­kan simpanan syariah itu berikutan masih terdapat pencarum yang belum peka mengenai perkara itu meskipun ia sudah dilaksanak­an sejak tahun lalu.

Menurutnya, pencarum Islam KWSP yang melakukan simpanan konvension­al juga digesa supaya bertukar atau berhijrah ke simpanan syariah kerana ia adalah kewajipan yang perlu dilakukan umat Islam.

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuktika­n ia sebagai antara pengurus dana persaraan paling berjaya di dunia susulan pengumuman kadar dividen yang tinggi berdasarka­n situasi semasa, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Eksekutif Kumpulanny­a, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, kadar dividen tinggi yang diumumkan,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia