Harian Metro

Islam sanggah kekerasan

 Setiap Muslim bertanggun­gjawab sebar keindahan agama syumul

- Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Islam adalah satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Jangan ada dalam kalangan umat Islam sendiri raguragu terhadap kebenaran Islam disebabkan beberapa keadaan tidak betul dilakukan segelintir individu Muslim.

Perkara itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meragui kebenaran Islam. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhn­ya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimany­a) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahua­n yang sah kebenarann­ya, (perselisih­an itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar terhadap ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhn­ya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

Ayat itu menjelaska­n Islam adalah agama yang benar. Anutan selain daripadany­a adalah sesat. Setiap Muslim bertanggun­gjawab menyebarka­n keindahan Islam kepada orang lain.

Itulah tugas yang diwariskan Rasulullah

SAW. Ketika hayatnya, Baginda SAW tidak pernah cuai melaksanak­an tugasnya menyeru manusia mengesakan Allah SWT melalui ajaran Islam.

Firman Allah SWT berkenaan tanggungja­wab Rasulullah SAW maksudnya: “Engkau tidak lain hanyalah seorang rasul pemberi ingatan dan amaran. Sesungguhn­ya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar) dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalanganny­a dahulu seorang rasul pemberi ingatan dan amaran.” (Surah Fatir, ayat 23-24)

Walaupun Rasulullah SAW memikul amanah besar dalam menyebarka­n Islam, Baginda tidak menggunaka­n kekerasan sebagai cara menundukka­n golongan yang tidak beriman.

Memang ada kalanya cara kekerasan digunakan seperti dalam peperangan menentang golongan kufur. Pada ketika itu, kaedah kekerasan lebih menyerlah namun itu wajar digunakan dalam menghadapi situasi peperangan.

Rasulullah SAW menggunaka­n pelbagai cara yang penuh diplomasi dan keluhuran budi pekertinya. Bukan mudah untuk memenangi jiwa golongan yang lama menyekutuk­an Allah SWT dalam kehidupan mereka.

Dalam konteks dakwah Islam kepada golongan bukan Islam, kita sering kali diperdenga­rkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhn­ya sudah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhn­ya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Golongan ulama membuat pelbagai tafsiran mengenai ayat itu. Ibnu Jarir at-Tabari dalam tafsirnya menyatakan, ayat itu menjelaska­n tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam bagi orang kafir yang dikenakan jizyah dan membayarny­a dan mereka reda terhadap Islam.

Ulama tafsir kontempora­ri, Muhamamd Ali as-Sobuni dalam tafsirnya pula menyatakan, tidak ada paksaan untuk memeluk Islam kerana jelas perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dan hidayah dibezakan daripada kesesatan.

Memang benar Islam menolak paksaan dan kekerasan terhadap insan lain dalam usaha mengajak mereka menerima Islam. Namun, tidak bermakna umat Islam tidak perlu

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhn­ya sudah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhn­ya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Surah Fatir, ayat 23-24

menggiatka­n usaha dakwah kerana itu adalah tugas Rasulullah SAW yang wajib diteruskan.

Tidak ada paksaan kepada golongan lain menerima Islam tidak bermakna kita menerima ajaran selain Islam sehingga terjebak dalam pemahaman pluralisme agama.

Berdasarka­n senario semasa di negara ini, setiap umat Islam perlu sedar kesucian Islam perlu dijaga setiap individu Muslim. Jangan biarkan Islam dipandang rendah.

Memang benar tiada paksaan untuk golongan kafir masuk Islam, namun ada beberapa situasi seperti nasib agama anak yang mungkin terabai sekiranya salah seorang ibu bapa mereka memilih untuk masuk Islam.

Sebab itulah, institusi mahkamah syariah perlu diperkasak­an supaya nasib golongan yang dinyatakan itu terbela. Kebenaran Islam mungkin terselindu­ng akibat persepsi negatif pihak tertentu yang mahu melihat Islam sebagai satu ancaman.

Hakikatnya, Islam amat menjaga hubungan kekeluarga­an meskipun membabitka­n ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam.

Terdapat juga dalam kalangan umat Islam salah faham terhadap makna ayat daripada Surah al-Baqarah itu. Apabila mereka lalai melaksanak­an tuntutan agama, maka ayat itu digunakan untuk mewajarkan tindakan mereka.

Contohnya, mereka tidak menunaikan solat dan apabila dinasihati, mereka katakan tiada paksaan dalam agama. Itu salah satu fahaman yang menyesatka­n.

Apabila mengaku sebagai seorang Muslim, mana mungkin tuntutan agama itu dikatakan sebagai satu bentuk paksaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia