Harian Metro

Khidmat van percuma bawa pesakit ke hospital

-

Penduduk kurang berkemampu­an di sekitar daerah ini berpeluang menikmati perkhidmat­an pengangkut­an van secara percuma dengan adanya Klinik Rakyat Bergerak yang dilancarka­n semalam.

Klinik itu adalah inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Dr Zaini berkata, idea mengubah suai van serba guna itu timbul apabila beliau memikirkan ada penduduk yang tidak mampu membayar tambang teksi untuk ke hospital.

“Jadi, saya beli sebuah van dan diubah suai menjadi pengangkut­an serba guna dengan kos RM30,000 termasuk peralatan dan keperluan dalam van,” katanya selepas Program Pelancaran Klinik Rakyat Bergerak sempena sambutan Tahun Baru Cina, di sini.

Van serba guna berkenaan ketika ini beroperasi mengikut waktu pejabat dan boleh dihubungi menerusi talian 07-5101906.

Dr Zaini berkata, selain dijadikan pengangkut­an ke hospital, beliau sebagai doktor menggunaka­n van berkenaan untuk melawat pesakit dan menyalurka­n bantuan perubatan.

Katanya, beliau bercadang menambah bilangan van dan sehubungan itu mengalu-alukan pihak swasta mahupun kerajaan menyokong usaha berkenaan.

“Saya juga alu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan atau dana untuk menambah bilangan van seperti ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia