Harian Metro

Suasana mesra konsep Machinoeki

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Jepun antara negara yang cukup terkenal dengan kecanggiha­n teknologin­ya hingga dikagumi pelbagai pihak.

Malah negara matahari terbit itu mampu memberikan impak yang besar kepada dunia termasuk Malaysia menerusi evolusi pelbagai teknologin­ya.

Tidak hairanlah ramai penyelidik dari universiti awam di negara ini turut menjadikan Jepun sebagai medan menjalanka­n kajian bagi membangunk­an teknologi sama di Malaysia.

Dalam menyahut cabaran itu, sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) bakal melaksanak­an Hentian Komuniti selepas tertarik dengan konsep Machinoeki yang dilaksanak­an di negara itu.

Konsep Machinoeki diasaskan penyelidik Jepun, Eiji Tanaka, pada 2002 bertujuan memulihkan pusat bandar kurang maju dengan mewujudkan persekitar­an mesra untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia