Harian Metro

UKM NAIK TARAF PERKHIDMAT­AN WIFI

-

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mendapat perkhidmat­an WiFi berkelajua­n tinggi di semua kampusnya di seluruh negara.

Ia sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama negara bergelar kampus digital.

Naib Canselor UKM,

Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, seramai 30,000 penuntut UKM bakal menikmati akses Internet menerusi rangkaian 4G LTE terbaik di negara ini.

Katanya, selain penuntut, seluruh warga universiti itu akan menggunaka­n kemudahan berkenaan dalam melicinkan pelaksanaa­n aktiviti seperti penyelidik­an, pengajaran dan pembelajar­an (PdP) serta rangkaian masyarakat dan industri.

“Dalam era Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), banyak perkara yang mengalami proses digital dan juga pendidikan tinggi tidak terkecuali.

“Kemudahan ini memberi peluang kepada UKM menerokai ilmu baru dan menghasilk­an bakat berdaya saing.

“Ia juga sejajar hasrat disampaika­n Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, dalam Amanat Tahun Baru 2018 yang ingin melihat IPT bersedia menghadapi pendidikan 4.0 dengan penekanan terhadap tiga elemen utama, iaitu ilmu, industri dan insan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara UKM dengan Maxis Berhad di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, UKM diwakili Prof Noor

Azlan, sementara Maxis pula diwakili Ketua Perniagaan­nya, Loong Tuck Weng.

Turut hadir Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Timbalan

Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Ketua Produk Perusahaan Maxis Shanti Jusnita Johari.

Sementara itu, Shanti Jusnita berkata, pihaknya menyedari pendidikan adalah sektor kritikal, oleh itu akses pada komunikasi dan teknologi canggih dapat memainkan peranan penting dalam memacu kecemerlan­gan.

“Kerjasama tiga tahun ini juga meliputi inisiatif pembanguna­n siswa seperti peluang latihan dengan Maxis, program keusahawan­an penuntut dan ceramah kepemimpin­an.

“Selain akses WiFi di 13 fakulti, bas UKM terpilih yang menggunaka­n laluan kampus Bangi juga akan dilengkapi kemudahan itu bagi memastikan penuntutny­a sentiasa mampu mengakses Internet dalam perjalanan datang atau pulang dari kampus,” katanya.

 ?? FOTO: ?? DR NOOR AZLAN (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Loong (dua dari kanan) sambil disaksikan Arshad (tengah) pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara UKM dan Maxis berhad dalam merealisas­ikan kampus digital.
FOTO: DR NOOR AZLAN (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Loong (dua dari kanan) sambil disaksikan Arshad (tengah) pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara UKM dan Maxis berhad dalam merealisas­ikan kampus digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia