Harian Metro

GILA POSKAD

-

Makzim masih guna cara lama untuk berinterak­si, ada kira-kira 60 dalam simpanan

“Bagi saya, menulis poskad lebih memberi kepuasan apatah lagi apa yang ditulis itu dikongsi dengan orang tersayang. Ia seperti kita merakam memori di satu-satu tempat dan diabadikan dalam sekeping gambar yang akan wujud sampai bila-bila selagi poskad itu tidak rosak.

“Dari segi pemilihan poskad, saya sukakan potret berbanding pemandanga­n negara itu sendiri. Potret wajah dengan reaksi berbeza, apa lagi dengan pakaian tersendiri di setiap negara melambangk­an identiti negara itu. Contohnya kalau gambar gunung, meskipun bentuknya berlainan tapi ia nampak hampir sama,” katanya.

Kata Makzim, tidak hanya yang baru dicetak, ada juga poskad lama yang dijual.

“Ketika di Sofia, Bulgaria, saya temui satu kotak poskad lama sekitar 80-an di pasar pagi. Gambar hitam putih dengan bahagian belakang masih kosong tanpa ditulis apa-apa. Bagi saya itu ‘hadiah’ istimewa kerana ia jarang ditemui. Bukan hanya gambar malah jenis kertas digunakan berbeza daripada poskad yang dicetak zaman sekarang.

“Kalau jumpa dengan barang yang jarang ditemui seperti ini, saya akan beli untuk koleksi sendiri yang kebanyakan­nya saya simpan dalam bingkai gambar atau album. Ada juga beberapa poskad keluaran terhad yang masih disimpan rapi hingga sekarang,” katanya.

Makzim yang cukup menggemari bidang fotografi dan seni berkata, dia tidak akan melepaskan peluang mengunjung­i pameran fotografi atau lukisan sekiranya berada di satusatu kota.

“Setiap orang ada minat tersendiri. Kalau ada yang gilakan sejarah, saya gilakan seni. Seni boleh jadi apa saja daripada bahasa, seni bina bangunan, lukisan atau abstrak. Tapi paling utama adalah poskad dan fotografi,” katanya.

“Walaupun poskad tidaklah mahal seperti cenderahat­i lain, saya percaya ia berharga bagi sesiapa pun yang menerimany­a apalagi kita tahu ia memerlukan usaha pengirim sebelum sampai ke tangan penerima,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAKZIM kongsi pengalaman mengembara menerusi poskad.
MAKZIM kongsi pengalaman mengembara menerusi poskad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia