Harian Metro

Ahli Kemaseh giat tingkat kecergasan

-

Wanita Kampung Baru, Kuala Ketil mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Mama Sihat Vogue (KEMASEH) untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan.

KEMASEH yang kebanyakan ahlinya dalam kalangan wanita berstatus warga emas ditubuhkan tahun lalu menumpukan aktiviti senamrobik, zumba dan joging setiap pagi hari tertentu untuk tingkatkan kecergasan ahli.

Pengerusi KEMASEH Siti Hejah Hassan, 60, berkata buat masa ini kelab itu ada 20 ahli berdaftar terdiri daripada mereka berusia 26 hingga 65 tahun dan berbilang kaum.

Katanya, pihaknya memilih aktiviti joging, zumba dan senamrobik kerana ia sesuai untuk wanita selain ada tempat lapang di kawasan tebatan banjir Sungai Ketil dengan persekitar­an mendamaika­n terutama waktu pagi.

“Aktiviti berkenaan dilakukan lima kali seminggu di laluan kawasan projek terbatan banjir itu mulai jam 7 pagi hingga 8.30 pagi sejauh kira-kira satu kilometer hingga ke persimpang­an jalan Kampung Padang Kulim.

“Selepas joging, kami melakukan aktiviti ringan iaitu senamrobik dan zumba,” katanya.

Siti Hejah berkata, wanita berstatus warga emas tidak seharusnya terperap di rumah sebaliknya perlu meluangkan sedikit masa membabitka­n diri dalam aktiviti yang boleh menyihatka­n badan.

“Melakukan aktiviti seperti berjoging boleh membantu melancarka­n perjalanan darah dan membuang kotoran dalam badan melalui peluh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI KEMASEH beriadah berlatarbe­lakangkan Sungai Ketil.
AHLI KEMASEH beriadah berlatarbe­lakangkan Sungai Ketil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia