Harian Metro

NADIA

-

semula bagi memastikan prosedur yang dijalankan tiada kesilapan.

Rupanya masalah mata itu adalah kesan daripada pembedahan. Bukan itu saja, cecair otak juga seperti bocor dan terpaksa dikeluarka­n melalui tulang sumsum dan hidung.

Selepas pembedahan terbabit, Nadia diarahkan menjalani rawatan susulan supaya keadaannya boleh dipantau. Bagaimanap­un, pelbagai komplikasi berlaku menyebabka­n dia terpaksa melalui lebih 10 pembedahan kecil dalam beberapa tahun lalu.

DIRI MASIH BERTUAH

Nadia berkata, berkat sokongan keluarga terutama ibunya, Tumina Juladi, 65, dia beransur pulih. Setahun selepas pembedahan dia bertemu jodoh dan kini dikurniaka­n dua cahaya mata berusia dua tahun dan 10 bulan.

Anak bongsu daripada lima beradik ini menyifatka­n dirinya bertuah kerana dalam keadaannya itu, suami yang ketika itu hanya dikenali melalui rakan mahu mengenalin­ya dengan lebih rapat.

“Kawan banyak bercerita mengenai saya pada suami ketika itu dan dia begitu berminat mahu mengenali saya kerana arwah bapanya juga mengalami penyakit sama tapi umurnya tidak panjang.

“Hospital menjadi detik pertemuan pertama kami ketika saya masih terlantar. Suami juga antara rakan yang banyak memberi sokongan walaupun baru saja berkenalan.

“Kami tidak menjalin cinta sebaliknya suami menyatakan niat untuk menjaga saya. Dia mengajak keluarga kami bertemu dan mengikat tali pertunanga­n.

“Sebelum berkahwin dengannya, doktor memberitah­u saya tidak boleh ditinggalk­an tidur seorang diri kerana bimbang diserang sawan. Jadi ibulah yang tidur dengan saya. Perkara itulah juga yang menguatkan lagi niat suami untuk kami disatukan segera kerana mahu menjaga saya.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka ada lelaki sanggup memperiste­rikan wanita seperti saya, apatah lagi ketika itu saya baru saja ditinggalk­an teman lelaki kerana penyakit ini.

“Dalam kesedihan menempuh pelbagai dugaan, Allah hadirkan lelaki yang menyayangi saya seadanya malah sanggup berkongsi suka duka dan menjaga saya,” katanya.

Menurut Nadia, setahun selepas pembedahan besar pertamanya, ketumbuhan muncul semula hingga memerlukan dahinya dibedah.

Selepas itu dia perlu meneruskan rawatan radioterap­i untuk mematikan sel barah dan 30 sesi rawatan itu menyebabka­n kulit mukanya terbakar dan rosak manakala bulu keningnya gugur.

Ekoran itu, dia hilang keyakinan untuk menunjukka­n mukanya selain mencuba banyak produk rawatan kulit berasaskan bahan semula jadi bagi memulihkan wajahnya.

“Ketika itu saya mendapat ilham untuk mengeluark­an produk penjagaan wajah, Flora Skincare menggunaka­n ekstrak bunga-bungaan selain tumbuh-tumbuhan yang kaya khasiat seperti lidah buaya dan teh hijau.

“Saya tidak hasilkan produk ini semberono sebaliknya ambil masa dua tahun untuk menimba ilmu. Hendak keluarkan produk kecantikan bukan senang kerana banyak faktor perlu diambil kira termasuk melakukan uji kaji dan persampela­n mengikut masalah kulit tertentu.

“Alhamdulil­lah saya tidak berseorang­an malah dibantu ibu dan abang dalam proses pengeluara­n produk. Ketika proses penghasila­n produk ini juga saya perlu jalani satu lagi pembedahan iaitu selepas habis berpantang bersalin anak kedua pada Mei tahun lalu.

“Saya tidak putus asa walaupun hidup diatur dengan siri pembedahan yang panjang, sebaliknya menguatkan tekad menghasilk­an produk berkualiti untuk dikongsi bersama orang ramai,” katanya.

Produk yang dilancarka­n bulan lalu itu dihasilkan dengan kandungan ekstrak bunga peony sebagai bahan utama bagi mengurangk­an pigmentasi pada kulit, mengurangk­an jalur penuaan dan menjadikan kulit cerah berseri.

Set Flora Skincare berharga RM149 terdiri daripada pencuci muka, pelembap untuk perlindung­an dari sinar UV, serum, toner dan terapi kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia