Harian Metro

700 lagi anggota RELA ke ESSZONE

-

Kota Kinabalu: Lebih 700 anggota tambahan Jabatan Sukarelawa­n Rakyat (RELA) di Sabah sedia untuk ditugaskan di 10 daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin berkata, ia adalah tambahan kepada seramai 504 anggota RELA yang sudah bertugas di ESSZONE membabitka­n 21 lokasi sejak Januari lalu.

“Daripada lebih 700 anggota tambahan itu, 499 anggota menjalani latihan manakala 206 lagi menjalani latihan untuk bertugas di ESSZONE.

“Mereka menjalani kursus asas dan khas yang mendedahka­n mereka dengan penggunaan senjata api. Kursus khas oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) perlu diikuti bagi membolehka­n mereka bertugas di ESSZONE,” katanya selepas majlis pemakaian pangkat Ahli Bersekutu RELA di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA, Kamarudin Rafiq dan Pengarah RELA Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat.

September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n persetujua­n kerajaan menggerakk­an 6,148 pegawai dan anggota RELA bagi membantu operasi pemantauan pasukan keselamata­n di 10 daerah ESSZONE dengan 500 individu sebagai perintis.

Lebih 500 anggota RELA memulakan tugas di ESSZONE sejak 1 Januari lalu.

 ??  ?? ZULKIFLI (dua dari kanan) bersalaman dengan anggota RELA yang hadir ketika majlis pemakaian pangkat.
ZULKIFLI (dua dari kanan) bersalaman dengan anggota RELA yang hadir ketika majlis pemakaian pangkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia