Harian Metro

Restoran judi

 Sindiket perjudian online guna kedai kopi ‘tipu’ pihak berkuasa

- Nor Azizah Mokhtar news@nstp.com.my

Dari luar kelihatan tiada apa yang aneh berikutan rata-rata pelanggan dilihat sedang leka menjamu selera sambil memegang tablet.

Namun itu modus operandi perjudian dalam talian atau judi ‘online’ yang semakin gemar beroperasi di kedai kopi mahupun restoran.

Anggota sindiket dikesan menggunaka­n tablet komputer atau telefon bimbit kerana ia mudah alih dan memudahkan pelanggan untuk berjudi dengan hanya duduk di meja makan.

Bagaimanap­un taktik berkenaan dibongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menggempur empat lokasi kegiatan itu di sekitar Lembah Klang, semalam.

Dalam serbuan pertama di sebuah restoran di Pekan Lama, Petaling Jaya di sini, polis menahan seorang lelaki tempatan bersama satu tablet yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi dalam talian.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, polis turut merampas wang tunai RM123 dipercayai hasil perjudian.

Susulan itu, polis menyerbu sebuah lagi restoran di Dataran Mentari, Petaling Jaya pada jam 5 petang dan menahan seorang lagi lelaki tempatan yang menggunaka­n modus operandi sama.

Polis turut merampas sebuah tablet komputer dan wang tunai sebanyak RM127 milik suspek.

Serbuan ketiga pada jam 7.50 malam pula membabitka­n sebuah restoran di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, dekat sini.

Dua penjaga premis lelaki Bangladesh ditahan bersama tiga kaki judi membabitka­n seorang lelaki tempatan, serta dua lelaki warga asing, masing-masing warga Indonesia dan Myanmar.

Dalam serbuan itu, polis merampas lima telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk perjudian dalam talian serta wang tunai RM67.

Sementara itu, Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman, berkata pihaknya memandang serius sebarang kegiatan perjudian atas talian dan sedang menjalanka­n tindakan sewajarnya bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa di negeri Selangor.

 ??  ?? RESTORAN yang dijadikan sarang judi.
RESTORAN yang dijadikan sarang judi.
 ??  ?? SUSPEK yang ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang.
SUSPEK yang ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia