Harian Metro

Rondaan cegah jenayah

-

“Rondaan adalah sangat penting dalam mencegah jenayah. Saya pernah bertanya kepada suspek yang ditahan, kawasan mana yang menjadi sasarannya... dia berkata kawasan yang tiada rondaan yang betul,” ujar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kursus keselamata­n bersama penduduk bagi memastikan jenayah dibenteras.

Katanya, penjenayah akan menukar sasaran mereka ke kawasan lain apabila mereka menyedari polis atau penduduk membuat rondaan.

“Kursus akan dijalankan di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) di semua enam daerah iaitu Sentul, Wangsa Maju, Brickfield­s, Dang Wangi, Cheras dan Putrajaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia