Harian Metro

1,000 penduduk serbu Jualan Sentuhan Rakyat

-

Kuala Lumpur: Lebih 1,000 penduduk membanjiri Jualan Sentuhan Rakyat di Flat Sri Kedah, dekat sini, yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan harga jauh lebih murah dari pasaran.

Pengerusi Rukun Tetangga, Zainal Abidin Abd Rahman 51, berkata, terdapat sekurang-kurangnya 50 gerai jualan yang menjual keperluan asas seperti ikan segar, Q’Fish (ikan segar beku), ayam, minyak masak, tepung, gula, beras, sayur dan buah-buahan.

“Program ini julung kali diadakan dan mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

“Penganjura­n ini

tidak berorienta­sikan keuntungan sebaliknya untuk keperluan golongan pertengaha­n dan rendah di Parlimen Wangsa Maju. Sambutan diterima sangat luar biasa dan jika tiada halangan ia diharap dapat dijadikan program tahunan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Selain jualan barangan keperluan harian, turut diadakan pemberian beg sekolah kepada 100 murid sekolah terawal, baucer RM20 kepada 300 penduduk terawal serta pemberian cermin mata untuk rabun dekat.

Penduduk, Zuriana Abu Hassan 44 berkata, Jualan Sentuhan Rakyat yang bermula sejak jam 8 pagi hingga 12 tengah hari memberi peluang kepadanya membeli barang keperluan dengan harga lebih menjimatka­n.

 ??  ?? PENDUDUK setempat membeli barangan di Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Wangsa Maju.
PENDUDUK setempat membeli barangan di Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Wangsa Maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia