Harian Metro

Ayam RM5 sekilogram

-

Hulu Bernam: Usianya sudah mencecah 70 tahun, namun warga emas ini mengakui kali pertama dapat merasai peluang membeli ayam dan beras pada harga paling rendah berbanding di pasaran.

Itu luahan Rakifah Baharudin dari Rumah Murah Kalumpang, di sini, selepas membeli ayam pada harga RM5 sekilogram (kg) dan beras RM20 untuk 10kg pada Program Jualan Sentuhan Rakyat bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, semalam.

Program itu membabitka­n tiga agensi utama iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Beras Nasional (BERNAS) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurut Rakifah, dia yang mengetahui program itu beberapa hari lalu tidak mahu melepaskan peluang untuk datang berikutan rumahnya juga tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia