Harian Metro

ImSME pendekkan tempoh proses dokumen pinjaman

-

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh memanfaatk­an platform rujukan pinjaman dan pembiayaan PKS pertama di Malaysia, imSME yang mampu memendekka­n tempoh memproses dokumen pinjaman berbanding sebelum ini.

Buat permulaan, platform yang diuruskan oleh Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) itu dijangka memanfaatk­an sehingga 2,000 PKS menjelang akhir tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, platform berkenaan adalah satu lagi kejayaan kepada ekosistem PKS, di mana peserta industri boleh memilih pelbagai pilihan pinjaman oleh bank yang terbabit, sekali gus menikmati kemudahan kewangan yang bertepatan dengan model perniagaan masing-masing.

“Pastinya, platform ini akan memendekka­n tempoh pemprosesa­n pinjaman berbanding cara konvension­al yang memerlukan mereka pergi ke setiap bank untuk memohon pinjaman.

“imSME disasarkan kepada semua peringkat PKS yang berdepan masalah memohon pinjaman. Ia membolehka­n PKS mencari dan memadankan produk pinjaman yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya ketika melancarka­n platform itu di sini.

 ??  ?? JOHARI (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada kakitangan CGC tentang imSME terminal selepas pelancaran SME pinjaman pertama Malaysia dan pembiayaan landasan rujukan di Kuala Lumpur.
JOHARI (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada kakitangan CGC tentang imSME terminal selepas pelancaran SME pinjaman pertama Malaysia dan pembiayaan landasan rujukan di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia