Harian Metro

Snek PinPin ke Indonesia

 Gloway rancang luas pasaran biskut jenama Upin Ipin ke rantau Asia Tenggara

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Gloway Marketing Sdn Bhd (Gloway Marketing), pengedar produk snek makanan jenama PinPin, berhasrat meluaskan pasaran produknya ke Asia Tenggara dengan Indonesia dijangka menjadi destinasi pertama eksport dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Pengarahny­a Evans Khoo berkata, syarikat memilih Indonesia sebagai destinasi pertama kerana yakin produk itu akan mendapat sambutan menggalakk­an berikutan PinPin menggunaka­n jenama animasi negara iaitu Upin dan Ipin yang terkenal di sana.

“Kami kini dalam proses rundingan dengan pihak berkuasa di sana bagi memenuhi pelbagai syarat dan undang-undang ditetapkan sebelum memasuki pasaran mereka,” katanya pada pelancaran produk terbaru PinPin di sini.

Majlis itu menyaksika­n Gloway Marketing melancarka­n dua produk snek makanan jenama PinPin baru iaitu PinPin SnekMi perisa ayam dan pedas serta PinPin Corn Snack (coklat dan strawberi). Beliau berkata, syarikat menyasarka­n untuk meneroka dua lagi pasaran di Asia Tenggara iaitu Brunei dan Selatan Thailand tahun ini. “Bagaimanap­un, kami akan melakukan penerokaan pasaran eksport ini secara berperingk­at dan masih mengkaji situasi pasaran do kedua-dua negara terbabit,” katanya.

Mengulas pasaran di Malaysia, Khoo berkata, pihaknya dalam usaha meluaskan saluran pemasaran bagi produk PinPin di pasaran tempatan melalui jualan di pelbagai tempat termasuk di kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak.

Menurutnya, syarikat kini memiliki 15 pengedar di seluruh negara dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan dan permintaan produk di pasaran.

“Kami menyasarka­n untuk menggandak­an jualan kepada 100 peratus tahun ini dan yakin ia mampu dicapai berdasarka­n kejayaan mencatatka­n jualan melebihi sasaran yang ditetapkan sejak berada di pasaran pertengaha­n tahun lalu.

“Keyakinan ini dipacu melalui kualiti makanan dan kekuatan jenama Upin dan Ipin sendiri di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Gloway Marketing bekerjasam­a dengan UI Trading, anak syarikat jenama animasi Upin Ipin yang dihasilkan Les’ Copaque Production memasarkan lapan produk PinPin membabitka­n varian snek mi, snek jagung, biskut dan wafer.

 ??  ?? PENGARAH Urusan Les’ Copaque Group Burhanuddi­n Md Radzi (tiga kiri) dan Khoo (kanan) pada majlis pelancaran biskut PinPin di Shah Alam.
PENGARAH Urusan Les’ Copaque Group Burhanuddi­n Md Radzi (tiga kiri) dan Khoo (kanan) pada majlis pelancaran biskut PinPin di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia