Harian Metro

Malaysia hab Coway di Asia Tenggara

-

Coway, jenama penapis air dan udara terkemuka Korea berhasrat mengukuhka­n kedudukann­ya di Asia Tenggara dengan Malaysia berperanan sebagai hab utama bagi pasaran di rantau ini.

Pengarah Bahagian Perniagaan Global Coway Co Ltd James Park berkata, pemilihan Malaysia sebagai hab menyaksika­n syarikat membuka pusat latihan dan kajian mini serantau serta pusat pembanguna­n di negara ini.

Menurutnya, Malaysia menjadi pasaran paling berjaya bagi Coway Co Ltd dan model kejayaan jenama Korea di pasaran tempatan.

“Kami yakin keupayaan Malaysia menjadi hab di rantau ini dengan sasaran pasaran seterusnya Indonesia tahun ini dan Vietnam (2019),” katanya pada tinjauan dan strategi Coway Malaysia 2018 di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, keyakinan Coway terbukti menerusi pelaburan RM360 juta tahun lalu dan RM394 juta sehingga kini sebagai pemangkin perkembang­an perniagaan di Malaysia.

“Kami menjangka pelan perluasan di Asia Tenggara mampu menarik dua juta pelanggan dan menjana pendapatan AS$1 bilion (RM3.92 bilion) bagi rantau ini menjelang 2021,” katanya.

Sementara itu, Coway Malaysia Sdn Bhd (Coway Malaysia) menyasarka­n mencapai sejuta pelanggan di Malaysia menjelang akhir tahun ini dan optimis berikutan jenama itu memiliki 700,000 pelanggan tahun lalu.

 ??  ?? PARK (tengah) pada Majlis Pelancaran Strategi Korporat Coway Malaysia 2018.
PARK (tengah) pada Majlis Pelancaran Strategi Korporat Coway Malaysia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia