Harian Metro

NSK buka pasar raya ke-20 di Cheras

-

NSK Supermarke­t Group membuka cawangan terbarunya di Cheras yang juga cawangan ke-20 Pasar Raya NSK.

Penasihat Eksekutifn­ya Lim Chun Sheng berkata, NSK Cheras menyediaka­n 800 lot parkir dan mempunyai keluasan 235,000 kaki persegi yang menjanjika­n keselesaan pelanggan membeli-belah.

“Cawangan ini seperti pasar raya yang selesa dan ekonomi untuk pelanggan,” katanya.

Menurutnya, sempena pembukaan cawangan itu dan Tahun Baru Cina, pihaknya mengadakan promosi termasuk jualan produk harga murah.

“Kami melanjutka­n waktu operasi dari 7 pagi hingga 1 pagi bagi membolehka­n pelanggan memilih waktu sesuai untuk membeli-belah.

“Malah kami merancang menawarkan operasi NSK Cheras 24 jam sehari,” katanya.

 ??  ?? LIM (tiga dari kiri) pada majlis pembukaan pasar raya NSK ke-20 di Cheras.
LIM (tiga dari kiri) pada majlis pembukaan pasar raya NSK ke-20 di Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia